Want your
own Fotopage?






 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Jan-2009 17:38 Email | Share | | Bookmark
Noktah

 


Assalamualaikum...

Tiba saatnya kita mengundurkan diri...

Ampun dan maaf andainya...
terkasar bahasa
tersilap bicara
termarah yang tak kena
tertanya tak tentu hala
tersasul yang tak sengaja
terpukul kat mana-mana
terpekik di telinga
terpinjam harta benda
tercilok resepi sapa-sapa
ter'moody'tak semena-mena
terumpat bila-bila
termacam lagi yang sewaktu dengannya...

Semoga dimaafkan kerana u all lah kawan kita
sampai bila-bila

Sayang semua...


Rumah baru kita di SINI


Monday, 5-Jan-2009 19:27 Email | Share | | Bookmark
Ini je Yang Ada...

 
 
 
View all 4 photos...
1. Nasi Lemak 2meh ni kita ambik resepinya kat umah kak Tun BoxHouseStudio, buat mkn malam dan seterusnya bekfes esok harinya, jadi takyah kecoh2 nak buat bekfes ( sebenarnya selalu bekfes ngan roti bakar je...mana ada kecoh2 pun ) Nasi lemak ni spt biasa ada Sambal Bileh, kita suka sambal bileh ni sebab tak letak belacan, rasa pun sedap ooo...dan ada tambahan lauk iaitu Ayam Goreng Marsala (Mamak)



Nasi Lemak 2Meh

Beras biasa 1 kg
Minyak masak 1/2 cawan
Bawang besar 2 ulas - mayang
Daun pandan 2 helai - kita tak letak, takde stok
Garam 1 tsp
Lada putih 1/2 tsp
Gula batu 2 butir
Santan

1. Panaskan minyak dlm periuk
2. Masukkan bawang, diikuti yang lain, air dan beras
3. Di tanak seperti biasa
Nota Kaki Malas:Kita masuk semua bhn dlm rice cooker, bila mendidih kita kacau mesra nasi tu kejap, pastu tunggu je nasi tu masak

Sambal Bileh

Bahan A:
Cili kisar 1 kg
Bawang besar 300 gram
Ikan bilis goreng 250 gram
Minyak masak 4 cawan

Bahan B:
Gula pasir 200 gram
Gula merah 150 gram
Air asam jawa 200 gram

1. Bahan A dikisar
2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar
3. Masukkan bahan B
4. Masak sehingga secukupnya



Ayam Goreng Marsala (Mamak)

Bahan A:
Ayam 12 ketui

Bahan B:
Bawang putih 5 ulas
Halia 2cm
Bawang Merah 2 ulas
Cili Hijau 5 batang

Bahan C:
Rempah kari 4 tsp
Jintan Manis 1 tsp
Jintan putih 1 tsp
Lada sulah 1 tsp
Kunyit serbuk 1 tsp
Rempah beryani 1 sp
Pewarna kuning 1/2 tsp
Pewarna merah 1/2 tsp
Garam 1 tsp

Bahan D:
Tepung beras 2 tbsp

Bahan E : (kita omit yg nih)
Daun kari 10 tangkai
Bawang besar 2 biji

1. Perap ayam dengan bahan-bahan B, C dan D
2. Goreng ayam hingga masak dan hias dengan bahan E

Ambik resepi Kak Tun mesti kena buat dialog : Kak Tun, mai la mkn nasi lemak nih...apaaa?, tengah deko kek...ooo, kita mkn dulu la naaa...t/kasih kongsi resepi nih

2. Epok-epok Keledek ni pula kita ambik resepinya dr rumah En. Mat Gebu, kita memang lebih suka inti keledek, namun begitu inti kentang kita bedal gak, hikhikhik ...t/kasih Mat, kita kopipes dan edit sikit resepi tu



Epok-epok Keledek

Bahan Pastry:-
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak)
100 g mentega/majerin
130 ml air

Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus - kita tak letakpun
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair - kita guna kicap lemak manis cap kipas udang
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan
garam secukup rasa - yg ni kita tambah sendiri


1. UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair.
4. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering.
5. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
6. UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti.
7. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan).
8. Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
9.UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Ambil sedikit doh, canai setebal 3 mm.
10. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. (ukuran dan kelim ni kita main belasah je )
11. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

3. Vanila Kapkek ni kita buat sementara stand mixer lum di pack dlm kotak, mana tau kut kat msia nanti SM tu duk bertapa je dlm kotak tak kuar-kuar al-maklum ler dah jadi housewife separuh masa bermakna separuh masa lagi byk yg dibeli kat kedai...ngeh ngeh ngeh VK ni senang je nak buat, bhn2 semua diadun sekali harung, pas tu bakar...hasilnya memang puas hati



Vanila Kapkek
Sumber: 500 cupcakes & muffins

225 g unsalted butter - biarkan pd suhu bilik
225 g gula caster
225 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla

1. Panaskan oven 175 C ( kita guna 170 C) dan alaskan tin kapkek dgn kertas acuan kapkek.
2. Masukkan semua bhn2 dlm mangkuk adunan, pukul guna mixer dgn kelajuan tinggi sehingga gebu lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan adunan dlm acuan kapkek
4. Bakar hingga masak selama 20 minit atau mengikut oven masing2


Thursday, 1-Jan-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tahun Baru

 
 
 
View all 7 photos...


SELAMAT TAHUN BARU 2009 dan MAAL HIJRAH 1430...Kita dan keluarga masih lagi di bumi UK ni, masih lagi berpeluang merasai suhu - 4 C...ingatkan kaki sudah berada di bumi tercinta M'sia, namun kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yg menentukan...moga di tahun baru ini membawa kejayaan buat suami kita yg tercinta dan berlaku semua perkara2 positif dalam hidup kita semua, jgn positif dadah, sudah!...muahahaha

Untuk mengingati 2008 yg haihai babai, kita titipkan peristiwa yg berlaku di dalamnya yg belum kita paparkan, disebabkan astro tak siarkan utk kita secara xclusif, jadi kita syok sendiri paparkan di sini...ahakkks...yg pertamanya resepi Kuih Tepung Gomak yg telah kita kopipes drpd FP Madiha secara xclusif juga tapi kita buat guna inti kelapa gitew...t/kasih Kak Madiha



Tepung Gomak

Bahan2 Inti-sukatan ni kita main belasah je...
Kelapa parut
Gula melaka/gula merah
Gula halus
Air

Cara2 memasak inti
Masuk air, gula melaka dan gula halus dlm periuk, masak hingga gula hancur/larut...Masukkan kelapa parut, kacau sebati dan masak sehingga inti agak2 kering gitew

Bahan2 Serbuk Kacang
250 kacang hijau

Cara2 menyediakan serbuk kacang
Bersihkan kacang dan tos. Goreng kacang tanpa minyak dengan api sederhana
hingga berbau wangi dan warnanya bertukar kecoklatan. Tunggu sejuk sikit kemudian dikisar dlm pengisar kering. Ayak dan kisar lagi lebihan dan sisa2 kacang yg masih kasar tadi sehingga habis dan ayak lagi. Ketepikan dahulu.
Nota Kaki Malas : kita guna tepung kacang hijau yg kita sanggaikan terlebih dahulu

Bahan2 Doh
400 gram tepung pulut
1/2 sudu kecil garam (dibancuh dlm santan)
1 cawan santan (ni kita agak2 jer lupa nak sukat)

Cara2 membuat kuih
Adunkan tepung pulut dengan santan dan uli sehingga mendapat doh yg lembut (tak keras sgt dan tak lembik sangat) Perlu diingat.. santan jangan dimasukkan sekaligus.. masukkan sikit sikit takut terlembik. Jika masih keras dan tak cukup santan.. boleh tambah dengan air.. masukkan sikit2 sambil uli.
Jerang air dlm periuk secukupnya..
Bila dah dpt doh yg dikehendaki.. ambil doh sebesar bola pimpong.. leperkan.. dan masukkan inti. Inti biar lebih.. baru sedap sikit.. kemudian tutup inti elok2 dan buat bulat2 kemudian leperkan. Bila air mendidih.. masukkan kuih dan tunggu hingga dia timbul. Angkat dan tos kejap kemudian golekkan dlm tepung kacang hijau tadi.

Tips: Semasa membentuk kuih.. jangan bentukkan sehingga habis baru nak rebus.. dikhuatiri tepung yang siap dibentuk akan melekat2 pd bekas yg kita susun akan menyebabkan intinya terbuka.. sebab tepung pulut ni sensitif dan lembut sikit. Jadi buatlah dlm 4 biji gitu.. pastu rebus.. sambil buat lagi dan begitulah seterusnya...
Nota Kaki Lapar : Sementara kita tunggu yg direbus seterusnya timbul, kita makan yg 4 ketui tu...hihihi

Kedua keberangkatan pulang Asmah dan Ida ke tanahair sehari sebelum hari raya haji yg lalu... insyaAllah akan bertemu nanti di M'sia...tapi itulah...'setiap pertemuan ada perpisahan, namun perpisahan itu sering membangkitkan resah rindu yg berpanjangan...' cewahhh berfalsampah pulak...lama betul tak berfalsampah...'hidup ini ibarat roda impian...kdg2 dapat duit, kdg2 muflis'...hishhh, meghapu meghaban dah ni... moga ASDA(Gelaran kat depa berdua) terus sukses dlm hidup


Kunjungan ASDA dan Ee ke teratak kita

Ketiganya, kunjungan kawan cik abg kita dr Manchester yg singgah sebentar sebelum meneruskan destinasi ke York, yg keesokan harinya akan bershopping sakan sempena boxing day...dengar citer byk kete2 rakyat msia sarat dgn hasil tangkapan pada ari tu...lum lagi hasil tangkapan di Next yg dibuka kul 5 pagi hari berikutnya kete kita je pancit tayar, bkn disebabkan terlalu berat hasil tangkapan tetapi menyebabkan kita kena duk diam2 kat umah


Handbag biru tu terlalu berat ngan £ utk shopping nanti...

Keempat, di akhir 1429 H, ber'potluck' di rumah En Afifi & Pn. Muna...sempat solat asar dan maghrib berjemaah serta membaca doa akhir dan awal tahun...moga tahun baru hijrah ini membawa rahmat dari Allah dan moga saudara islam kita di palestin selamat dari keganasan israel yg biadap lagi monyet itu dan moga Allah menimpakan bala ke atas israel di dunia ini lagi...kat akhirat memang dah pasti, ditimpa bala atas mereka di dunia ni...baru besttt kita nak ucap 'padan muka hangpa!'



Antara menu potluck


Antara kaum bapa yg hadir


Thursday, 18-Dec-2008 13:00 Email | Share | | Bookmark
Terakhirnya...

 
 
 
View all 21 photos...
[8.12.08]Terakhirnya Aidil Adha di Bradford ni...ini saja gambar2 yg sempat dirakamkan...cuaca yg sejuk dan hujan yg turun sepanjang beraya membantutkan keinginan utk berposing mosing tetapi sentiasa membuka selera utk mengisi perut, al maklumlah sejuk...perut cepat lapar apatah lagi menu2 yg terhidang begitu mengujakan


Menu tertutup, tunggu tetamu tak sampai2


Setelah tetamu tak kunjung tiba, kami pun gi ke rumah Bendahari


Tetamu yg pertama datang berkunjung...


Tetamu yg terakhir...

[14.12.08]Jamuan raya Rumpun Bradford...macam2 ada...pengisian rohani oleh ayah Zu, makan2, soksek soksek (bukan ngumpat ye), tapau menapau dan posing memosing (acara wajib nih) serta mengucapkan salam perpisahan buat Dr. Solah sekeluarga...insyaAllah pas ni kami lak mengucapkan salam perpisahan


Kusyuk mendengar pengisian rohani...


Antara menu potluck...


Makan time...


Sebelum balik, posing dulu...





[13.12.08] Disebabkan beberapa bulan lagi nak balik ke tanahair, maka syafi yg born in bradford ni kena le buat passport...maka pagi2 lagi kami 7 beranak telah pergi ke Manchester menaiki train krn pihak imegresen msia ada membuka kaunter passport di sana...t/kasih kpd che mat dan nasrun yg mengambil kami di stesen k/api dan che mat sekeluarga yg menaja breakfast dan lunch kami serta menjaga tiga anak dara kami ketika urusan passport dijalankan T/kasih juga buat hanif sekeluarga kerana menjemput kami dtg ke rumah seterusnya menghantar kami utk pulang ke stesen k/api...masa kat umah hanif tak sempat nak snap gambar coz kesuntukan masa, risau tertinggal k/api lak...lps mkn2, solat maghrib terus nak balik...


Tunggu ketapi


Tunggu pegawai imigresen


Tunggu nak ngappp (t/kasih intan)


Thursday, 4-Dec-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
Gggrrrrrrrrrrr..sejuk!

 
 
 
View all 8 photos...
Gambar ni masa cuaca terlalu sejuk di luar...pas masak kita tengok tingkap dapur berkabut je, apalagi kita buat ler mural kat tingkap tu...



Gambar ni pulak ketika frost begitu tebal di luar umah...nampak spider web ni yg begitu cantik diseliputi frost, jadi ambik kamera, snap ler seblm frost tu cair...



Gambar yg diambil hari ni, ketika snow agak tebal turunnya...sempat buat ABC SNOW...ada saper berani nak cuba??? silakan




Karpet Salji


Burung2 kesejukan


Salji di TEBING BARAT???


Ku abadikan namamu BRADFORD


Iklan jap utk fp sendiri...hihihi


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net