Want your
own Fotopage?
























 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Jan-2009 17:38 Email | Share | | Bookmark
Noktah

 


Assalamualaikum...

Tiba saatnya kita mengundurkan diri...

Ampun dan maaf andainya...
terkasar bahasa
tersilap bicara
termarah yang tak kena
tertanya tak tentu hala
tersasul yang tak sengaja
terpukul kat mana-mana
terpekik di telinga
terpinjam harta benda
tercilok resepi sapa-sapa
ter'moody'tak semena-mena
terumpat bila-bila
termacam lagi yang sewaktu dengannya...

Semoga dimaafkan kerana u all lah kawan kita
sampai bila-bila

Sayang semua...


Monday, 5-Jan-2009 19:27 Email | Share | | Bookmark
Ini je Yang Ada...

 
 
 
 
1. Nasi Lemak 2meh ni kita ambik resepinya kat umah kak Tun BoxHouseStudio, buat mkn malam dan seterusnya bekfes esok harinya, jadi takyah kecoh2 nak buat bekfes ( sebenarnya selalu bekfes ngan roti bakar je...mana ada kecoh2 pun ) Nasi lemak ni spt biasa ada Sambal Bileh, kita suka sambal bileh ni sebab tak letak belacan, rasa pun sedap ooo...dan ada tambahan lauk iaitu Ayam Goreng Marsala (Mamak)



Nasi Lemak 2Meh

Beras biasa 1 kg
Minyak masak 1/2 cawan
Bawang besar 2 ulas - mayang
Daun pandan 2 helai - kita tak letak, takde stok
Garam 1 tsp
Lada putih 1/2 tsp
Gula batu 2 butir
Santan

1. Panaskan minyak dlm periuk
2. Masukkan bawang, diikuti yang lain, air dan beras
3. Di tanak seperti biasa
Nota Kaki Malas:Kita masuk semua bhn dlm rice cooker, bila mendidih kita kacau mesra nasi tu kejap, pastu tunggu je nasi tu masak

Sambal Bileh

Bahan A:
Cili kisar 1 kg
Bawang besar 300 gram
Ikan bilis goreng 250 gram
Minyak masak 4 cawan

Bahan B:
Gula pasir 200 gram
Gula merah 150 gram
Air asam jawa 200 gram

1. Bahan A dikisar
2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar
3. Masukkan bahan B
4. Masak sehingga secukupnya



Ayam Goreng Marsala (Mamak)

Bahan A:
Ayam 12 ketui

Bahan B:
Bawang putih 5 ulas
Halia 2cm
Bawang Merah 2 ulas
Cili Hijau 5 batang

Bahan C:
Rempah kari 4 tsp
Jintan Manis 1 tsp
Jintan putih 1 tsp
Lada sulah 1 tsp
Kunyit serbuk 1 tsp
Rempah beryani 1 sp
Pewarna kuning 1/2 tsp
Pewarna merah 1/2 tsp
Garam 1 tsp

Bahan D:
Tepung beras 2 tbsp

Bahan E : (kita omit yg nih)
Daun kari 10 tangkai
Bawang besar 2 biji

1. Perap ayam dengan bahan-bahan B, C dan D
2. Goreng ayam hingga masak dan hias dengan bahan E

Ambik resepi Kak Tun mesti kena buat dialog : Kak Tun, mai la mkn nasi lemak nih...apaaa?, tengah deko kek...ooo, kita mkn dulu la naaa...t/kasih kongsi resepi nih

2. Epok-epok Keledek ni pula kita ambik resepinya dr rumah En. Mat Gebu, kita memang lebih suka inti keledek, namun begitu inti kentang kita bedal gak, hikhikhik ...t/kasih Mat, kita kopipes dan edit sikit resepi tu



Epok-epok Keledek

Bahan Pastry:-
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak)
100 g mentega/majerin
130 ml air

Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus - kita tak letakpun
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair - kita guna kicap lemak manis cap kipas udang
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan
garam secukup rasa - yg ni kita tambah sendiri


1. UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair.
4. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering.
5. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
6. UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti.
7. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan).
8. Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
9.UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Ambil sedikit doh, canai setebal 3 mm.
10. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. (ukuran dan kelim ni kita main belasah je )
11. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

3. Vanila Kapkek ni kita buat sementara stand mixer lum di pack dlm kotak, mana tau kut kat msia nanti SM tu duk bertapa je dlm kotak tak kuar-kuar al-maklum ler dah jadi housewife separuh masa bermakna separuh masa lagi byk yg dibeli kat kedai...ngeh ngeh ngeh VK ni senang je nak buat, bhn2 semua diadun sekali harung, pas tu bakar...hasilnya memang puas hati



Vanila Kapkek
Sumber: 500 cupcakes & muffins

225 g unsalted butter - biarkan pd suhu bilik
225 g gula caster
225 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla

1. Panaskan oven 175 C ( kita guna 170 C) dan alaskan tin kapkek dgn kertas acuan kapkek.
2. Masukkan semua bhn2 dlm mangkuk adunan, pukul guna mixer dgn kelajuan tinggi sehingga gebu lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan adunan dlm acuan kapkek
4. Bakar hingga masak selama 20 minit atau mengikut oven masing2

yuhu kak hajar....
salam lauk. kehkehkeh.....
Mon 12-Jan-2009 13:40
Posted by:tutcute melompati@yahoo.com  - [Link]
Assalammualaikum Hajar.......ni baru berkesempatan jln2 rumah kawan2. rindu nak jamu mata dgn masakan Hajar...nasib baik ada hidangan nasi lemak special....ada ayam masala lagi....nampak sedap... epok-epok..cupkek tu sedapnya buat minum ptg..skrg ni tgh malas lagi...bilalah nak rajin ni.....
Ucapan tahniah buat husben Hajar krn berjaya menamatkan PhD..tahniah buat Hajar juga. tentu skrg dah menghitung hari nak balik M'sia....
Tue 13-Jan-2009 08:31
Posted by:Mamasya  - [Link]
waahh..
sedap-nye..
terus lapar..
Tue 13-Jan-2009 10:35
Posted by:srsfeqah  - [Link]
View all 36 comments


Thursday, 1-Jan-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tahun Baru

 
 
 
View all 7 photos...


SELAMAT TAHUN BARU 2009 dan MAAL HIJRAH 1430...Kita dan keluarga masih lagi di bumi UK ni, masih lagi berpeluang merasai suhu - 4 C...ingatkan kaki sudah berada di bumi tercinta M'sia, namun kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yg menentukan...moga di tahun baru ini membawa kejayaan buat suami kita yg tercinta dan berlaku semua perkara2 positif dalam hidup kita semua, jgn positif dadah, sudah!...muahahaha

Untuk mengingati 2008 yg haihai babai, kita titipkan peristiwa yg berlaku di dalamnya yg belum kita paparkan, disebabkan astro tak siarkan utk kita secara xclusif, jadi kita syok sendiri paparkan di sini...ahakkks...yg pertamanya resepi Kuih Tepung Gomak yg telah kita kopipes drpd FP Madiha secara xclusif juga tapi kita buat guna inti kelapa gitew...t/kasih Kak Madiha



Tepung Gomak

Bahan2 Inti-sukatan ni kita main belasah je...
Kelapa parut
Gula melaka/gula merah
Gula halus
Air

Cara2 memasak inti
Masuk air, gula melaka dan gula halus dlm periuk, masak hingga gula hancur/larut...Masukkan kelapa parut, kacau sebati dan masak sehingga inti agak2 kering gitew

Bahan2 Serbuk Kacang
250 kacang hijau

Cara2 menyediakan serbuk kacang
Bersihkan kacang dan tos. Goreng kacang tanpa minyak dengan api sederhana
hingga berbau wangi dan warnanya bertukar kecoklatan. Tunggu sejuk sikit kemudian dikisar dlm pengisar kering. Ayak dan kisar lagi lebihan dan sisa2 kacang yg masih kasar tadi sehingga habis dan ayak lagi. Ketepikan dahulu.
Nota Kaki Malas : kita guna tepung kacang hijau yg kita sanggaikan terlebih dahulu

Bahan2 Doh
400 gram tepung pulut
1/2 sudu kecil garam (dibancuh dlm santan)
1 cawan santan (ni kita agak2 jer lupa nak sukat)

Cara2 membuat kuih
Adunkan tepung pulut dengan santan dan uli sehingga mendapat doh yg lembut (tak keras sgt dan tak lembik sangat) Perlu diingat.. santan jangan dimasukkan sekaligus.. masukkan sikit sikit takut terlembik. Jika masih keras dan tak cukup santan.. boleh tambah dengan air.. masukkan sikit2 sambil uli.
Jerang air dlm periuk secukupnya..
Bila dah dpt doh yg dikehendaki.. ambil doh sebesar bola pimpong.. leperkan.. dan masukkan inti. Inti biar lebih.. baru sedap sikit.. kemudian tutup inti elok2 dan buat bulat2 kemudian leperkan. Bila air mendidih.. masukkan kuih dan tunggu hingga dia timbul. Angkat dan tos kejap kemudian golekkan dlm tepung kacang hijau tadi.

Tips: Semasa membentuk kuih.. jangan bentukkan sehingga habis baru nak rebus.. dikhuatiri tepung yang siap dibentuk akan melekat2 pd bekas yg kita susun akan menyebabkan intinya terbuka.. sebab tepung pulut ni sensitif dan lembut sikit. Jadi buatlah dlm 4 biji gitu.. pastu rebus.. sambil buat lagi dan begitulah seterusnya...
Nota Kaki Lapar : Sementara kita tunggu yg direbus seterusnya timbul, kita makan yg 4 ketui tu...hihihi

Kedua keberangkatan pulang Asmah dan Ida ke tanahair sehari sebelum hari raya haji yg lalu... insyaAllah akan bertemu nanti di M'sia...tapi itulah...'setiap pertemuan ada perpisahan, namun perpisahan itu sering membangkitkan resah rindu yg berpanjangan...' cewahhh berfalsampah pulak...lama betul tak berfalsampah...'hidup ini ibarat roda impian...kdg2 dapat duit, kdg2 muflis'...hishhh, meghapu meghaban dah ni... moga ASDA(Gelaran kat depa berdua) terus sukses dlm hidup


Kunjungan ASDA dan Ee ke teratak kita

Ketiganya, kunjungan kawan cik abg kita dr Manchester yg singgah sebentar sebelum meneruskan destinasi ke York, yg keesokan harinya akan bershopping sakan sempena boxing day...dengar citer byk kete2 rakyat msia sarat dgn hasil tangkapan pada ari tu...lum lagi hasil tangkapan di Next yg dibuka kul 5 pagi hari berikutnya kete kita je pancit tayar, bkn disebabkan terlalu berat hasil tangkapan tetapi menyebabkan kita kena duk diam2 kat umah


Handbag biru tu terlalu berat ngan £ utk shopping nanti...

Keempat, di akhir 1429 H, ber'potluck' di rumah En Afifi & Pn. Muna...sempat solat asar dan maghrib berjemaah serta membaca doa akhir dan awal tahun...moga tahun baru hijrah ini membawa rahmat dari Allah dan moga saudara islam kita di palestin selamat dari keganasan israel yg biadap lagi monyet itu dan moga Allah menimpakan bala ke atas israel di dunia ini lagi...kat akhirat memang dah pasti, ditimpa bala atas mereka di dunia ni...baru besttt kita nak ucap 'padan muka hangpa!'



Antara menu potluck


Antara kaum bapa yg hadir

patutlah kalau orang pakai bedak banyak2 panggil macam tepung gomak...memang putih kuih nie dek tepung Mon 5-Jan-2009 16:11
Posted by:Idzwanjunaidi  - [Link]
aduhai hajar kalau la dapat sekeui dua pinggan mangkuk yang best best masa potluck tu...kut kut la ada yang jenis berkaki besi tu...fullamak lagi la best...ada aka tengok adik ipar akak bawak balik bekas tefal punya la banyak...enjoy bila tengok... Tue 6-Jan-2009 02:37
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Sahabat, saya cadangkan tutup akaun fotopages kerana ia produk syarikat dari Israel secara langsung. Inilah masanya, mereka kejam di Gaza. Dengan trafik yang anda generate mereka memperolehi pendapatan dan anda membiayai kekejaman di Gaza.... harap difikirkan terima kasih. Wed 7-Jan-2009 16:55
Posted by:fotopages
View all 30 comments


Thursday, 18-Dec-2008 13:00 Email | Share | | Bookmark
Terakhirnya...

 
 
 
View all 21 photos...
[8.12.08]Terakhirnya Aidil Adha di Bradford ni...ini saja gambar2 yg sempat dirakamkan...cuaca yg sejuk dan hujan yg turun sepanjang beraya membantutkan keinginan utk berposing mosing tetapi sentiasa membuka selera utk mengisi perut, al maklumlah sejuk...perut cepat lapar apatah lagi menu2 yg terhidang begitu mengujakan


Menu tertutup, tunggu tetamu tak sampai2


Setelah tetamu tak kunjung tiba, kami pun gi ke rumah Bendahari


Tetamu yg pertama datang berkunjung...


Tetamu yg terakhir...

[14.12.08]Jamuan raya Rumpun Bradford...macam2 ada...pengisian rohani oleh ayah Zu, makan2, soksek soksek (bukan ngumpat ye), tapau menapau dan posing memosing (acara wajib nih) serta mengucapkan salam perpisahan buat Dr. Solah sekeluarga...insyaAllah pas ni kami lak mengucapkan salam perpisahan


Kusyuk mendengar pengisian rohani...


Antara menu potluck...


Makan time...


Sebelum balik, posing dulu...





[13.12.08] Disebabkan beberapa bulan lagi nak balik ke tanahair, maka syafi yg born in bradford ni kena le buat passport...maka pagi2 lagi kami 7 beranak telah pergi ke Manchester menaiki train krn pihak imegresen msia ada membuka kaunter passport di sana...t/kasih kpd che mat dan nasrun yg mengambil kami di stesen k/api dan che mat sekeluarga yg menaja breakfast dan lunch kami serta menjaga tiga anak dara kami ketika urusan passport dijalankan T/kasih juga buat hanif sekeluarga kerana menjemput kami dtg ke rumah seterusnya menghantar kami utk pulang ke stesen k/api...masa kat umah hanif tak sempat nak snap gambar coz kesuntukan masa, risau tertinggal k/api lak...lps mkn2, solat maghrib terus nak balik...


Tunggu ketapi


Tunggu pegawai imigresen


Tunggu nak ngappp (t/kasih intan)

hajar bila balik changlun???


http://bakedecorate2u.blogspot.com
Wed 31-Dec-2008 05:49
Posted by:rani  - [Link]
salam Hajar...salam maal hijrah dan selamat tahun 2009.... Wed 31-Dec-2008 21:45
Posted by:Cek De Sam  - [Link]
salam maal hijrah..salam tahun baru..semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu kak...
afai dah sihat...semangat baru..
Thu 1-Jan-2009 00:03
Posted by:afairuz  - [Link]
View all 33 comments


Thursday, 4-Dec-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
Gggrrrrrrrrrrr..sejuk!

 
 
 
View all 8 photos...
Gambar ni masa cuaca terlalu sejuk di luar...pas masak kita tengok tingkap dapur berkabut je, apalagi kita buat ler mural kat tingkap tu...



Gambar ni pulak ketika frost begitu tebal di luar umah...nampak spider web ni yg begitu cantik diseliputi frost, jadi ambik kamera, snap ler seblm frost tu cair...



Gambar yg diambil hari ni, ketika snow agak tebal turunnya...sempat buat ABC SNOW...ada saper berani nak cuba??? silakan




Karpet Salji


Burung2 kesejukan


Salji di TEBING BARAT???


Ku abadikan namamu BRADFORD


Iklan jap utk fp sendiri...hihihi

Hi kak hajar.. seronoknya main snow. sy suke tgk FP akak ni sbb ada byk resepi2 yg akan sy apply bile amik unpaid leave nanti. nak masak untuk famili.. anyway, kalau senang dtg la ke blog saya.. htp//zanabelongstowanzul.blogspot.com Wed 17-Dec-2008 05:22
Posted by:mamazana maripossa69@gmail.com
eh.. lupa nak minta izin kak hjar amik resepi2. nanti x halal pulak. heheheheh Wed 17-Dec-2008 05:26
Posted by:mamazana  - [Link]
hajar .... dah nak balik tanah air ke?...nanti mesti terkenang-kenang Bradford...cam mamafami asyik terkenang malawi.. ..barang-barang bawak balik tu mesti pakai kontena...wah!!!..bestnya...mesti banyak pinggan mangkuk dna periuk belanga best-best!!! Thu 18-Dec-2008 19:56
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
View all 29 comments


Sunday, 30-Nov-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
Muhammad Mohd Kamal

 
Selamat Hari Jadi Muhammad...moga hidup mu sentiasa dalam rahmat dan peliharaan-Nya...'kami sayang kamu'




HAPPY belated BIRTHDAY Muhammad..
smg menjadi anak yg soleh..
cemerlang dunia akhirat..
Thu 4-Dec-2008 02:57
Posted by:srsfeqah  - [Link]
hepi belated birthday... comellnya diaaaa...

moga besar jd anak yg soleh n di murahkan rezeki..
Thu 4-Dec-2008 12:33
Posted by:zai@umiaimanzulfaqar  - [Link]
salam rindu hajar, maaf yea lama benor kita tak masuk sini dah banyak yg
tertinggal..nak kejar jauh pulak kan!

Happy belated birthday buat Muhammad moga menjadi anak yang berjaya
dlm kehidupan dan diberi kemudahan dlm perjalanan hidup serta menjadi
anak yg soleh. Muhammad nie kan hajar, maintain cute dari dulu.

psstt...hajar, kek tu hajar wat sendiri yea...cantik tau...jeles kita tak dpt rasa.
Thu 4-Dec-2008 12:45
Posted by:nur  - [Link]
View all 25 comments


Friday, 28-Nov-2008 19:09 Email | Share | | Bookmark
Dah lama...

 
 
 
View all 13 photos...
Dah lama award ni kita ambik dr DapurImpian, Kak JieJie dan Kak MaDiHa...baru ni nak digantung, t/kasih kpd mereka yg sudi memberi award ni kpd kita...kita sayanggg korang...muahhh



Dah lama kita duk di UK ni, 11 Nov lalu sudah tiga tahun kita di sini, bermakna sedang menghitung bulan dan hari utk berangkat pulang ke Malaysia...perasaan bercampur baur, sedih nak tinggalkan UK seronok nak balik Msia camna tu
Gambar2 pokok di musim luruh ni kira isyarat sudah lama kami merantau...dah-dah ler tu, nyah dr bumi UK ni... doakan segalanya dipermudahkan, insyaAllah







Dah lama nak cuba buat baklava, baru ni berkesempatan mencubanya...pada tekak kita sedap baklava ni, esp. bila dimakan selepas disimpan semalaman Kalau nak beli, dengar citer baklava Mark & Spencer yg sedap, taktaw betul ke tidak...sebab dah lama suruh beli, itu olang taktak peduli ooo...sudahnya buat sendiri juga



Baklava
Sumber:Rachel Allen

For the baklava
300g shelled pistachio nuts, or almonds (or a mixture of both)
1.5 tsp ground Cinnamon
600g ready-made Filo pastry
125–150g Butter, melted

For the syrup
300ml water - kita buat 150 ml
350g caster sugar - kita guna 175 g
125ml clear Honey - kita takde madu so guna 60 ml maple syrup
1 stick Cinnamon, or 1 tsp ground cinnamon - kita buat 1/2 tsp ground cinnamon
1/2 Oranges, zest only - kita ganti ngan 1/2 tsp jus lemon
1 tsp whole Cloves
1-2 tsp orange flower water, optional - kita tak buh pun

1. Preheat the oven to 180C/gas 4.
2. For the baklava: grind the nuts in a food processor until coarsely ground, then mix in the ground cinnamon.
3. Using a soft pastry brush, lightly butter a 24 x 19cm ovenproof dish. Gently unfold the filo pastry, covering it immediately with a damp clean tea towel to stop it drying out and cracking.
4. Start layering the sheets of filo pastry into the dish, brushing each sheet with melted butter before placing the next layer on top. After six layers, scatter over one-third of the crushed nuts.
5. Repeat and add six more layers of filo pastry. Butter the top of the last layer and trim off any overlapping pastry with a sharp knife to create a neat edge. Cut into small 4-5cm diamonds, making sure the knife goes all the way to the bottom.
6. Bake in the middle shelf of the oven for 40–45 minutes, or until golden brown and crisp, reducing the temperature to 170C/gas 3 during cooking if the baklava looks as though it is browning too quickly.
7. For the syrup: place all the syrup ingredients into a saucepan and bring to a gentle simmer. Cook for 15 minutes, or until the liquid has reduced by one-third. Stir occasionally, then leave to cool.
8. Remove the baklava from the oven and spoon half the cooked syrup all over the top. Leave for five minutes, then spoon over the remaining syrup. Allow the baklava to cool completely before removing the individual pieces from the dish with a palette knife. Serve.

***Utk lihat video step by step baklava, klik sini

Dah lama byk maksud tu....dah lama x update ke,....dah lama kat bumi UK ke,....atau dah lama x gantung award....hihihi...ohhhh...skrg dok berkira dah nk balik M'sia ye...bagus lah tu..bak kata bidalan...hujan emas dinegeri org,hujan batu dinegeri sendiri....pandai2 le nyambung nye ye.... baklava tu nmpk sedaplah Hajar...x pernah mkn ni....
Sun 30-Nov-2008 01:54
Posted by:dapurimpian  - [Link]
hajar dah buat baklave?..bestnya...akak selalu nampak kat kedai je...nanti nak cuba la... beli kat mark and spencer halal ke idak...kita tak tahu bahan lain selain dari ini dia ada taruh he he he..buat sendiri lah best boleh makan banyak... Tue 2-Dec-2008 06:40
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Rajin betullah Cik Hajar ni.....ada aja resepi2 baru yg dicubanya Wed 10-Dec-2008 16:57
Posted by:Rfah
View all 10 comments


Tuesday, 11-Nov-2008 09:15 Email | Share | | Bookmark
Aper-per jer lah...

 
 
Quote:
>> poppy seed ni sama dengan bunga poppy yang buat dadah tu ke...?
Sun 9-Nov-2008 14:27
Posted by:<< jeff >>


Muahahaha...tak tawww le kita nak jawap soklan Bro Jeff tu...tapi kita buat lagi poppy seeds cake ni, ketagih ke kita??? Tapi yg ni versi lain drpd yg ari tu punya, kali ni anak2 makan ( suap syafi pun, nganga je...) kecuali si Afiqah...kira kek ni better lagi dari yg sebelum ni...tapi kek kita ni kureng sikit rasa oren nya sebab kita ada sikit derhaka pd resepi...ngeh...ngeh...ngeh



Orange Poppy Seeds Cake
Sumber: MyKitchenSnippets

1/4 cup poppy seeds
3/4 cup fresh milk
200g butter, softened
2 tbsp finely grated orange rind - kita tak boh pun
3/4 cup sugar
3 eggs
2 cups plain flour
1 1/2 tsp baking powder
1/2 cup freshly squeezed orange juice – kita guna jus oren dlm kotak je

Syrup:
1/2 cup sugar
1 cup freshly squeezed orange juice – juga menggunakan jus dlm kotak, hikhikhik..derhaka

1. Preheat the oven to 350 F/ 180 C. Place the poppy seeds and milk in a bowl and stir to combine. Set aside.
2. Place the butter, orange rind and sugar in the bowl of an electric mixer and beat until light and creamy. Gradually add the eggs and beat well.
3. Sift the flour and baking powder over the butter mixture and add the orange juice and poppy seed and milk mixture. Stir to combine and spoon into a baking pan lined with parchment paper.
4. Bake for 55-60 minutes or until cooked when tested with a skewer. – oven kita +-40 minit dah masak kek nih
5. While the cake is baking, make the syrup. Place the sugar aand orange juice in a saucepan over low heat and stir until the sugar is dissolved. Increase the heat and boil for 5-6 minutes or until syrup thicken.
6. Pour the hot syrup over the hot cake. Set aside to cool.

>>> Yg ni pula swiss roll batik yg kita buat...malangnya batiknya tertanggal sana sini w/p dah ikut step by step Maklang ajor tu atau pun kita brutal sgt masa letak filling tu.., so malulah kita nak tunjuk badan kek yg seperti ada panau tu...lagipun masuk mulut, mana nampak lagi batiknya kan...kan...kan (ayat klise nak sedapkan hati nih )...apa-apa pun, pokok pangkal (takde daun, la ni autumn...)nya, "kita dah cuba buat yg terbaikkk" ( pinjam ayat budak2 AF yg diundi keluar )...lenkali kita akan cuba lagi, dan lagi...bila tu, tak tau ler lagi...ahaksss



Kek Gulung/Swiss Roll Batik
Sumber : Apek dan Maklang

6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovellete
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco – kita guna serbuk koko je
jem strawberri secukupnya – kita guna krim + blueberry jem

1. Telur,gula,ovellete,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tepung masuk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2. Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata
3. Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
4.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya
5. Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
6. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi mengikut kreativiti sendiri
7. Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170 C
8. Apabila kek sudah masak dan sudah betul2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas minyak kemudian sapukan jem sehingga rata...jgn brutal sangat semasa membuat sapuan
9. Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.
10. Dah gulung, bolehlah dipotong dan dimakan...memang sedap sroll ni, t/kasih Apek & Maklang

sedapnye kek
http://cerita-artiskita.blogspot.com

photography
http://myclickshoot.blogspot.com
Thu 27-Nov-2008 17:31
Posted by:Faizal  - [Link]
ikshh..mana tuan umah pi nih??
takkan blk masia kot...
psst nnti dah blk kang amek tag kt umah yerr..
Thu 27-Nov-2008 19:08
Posted by:shima  - [Link]
akak nk tnya...resepi kek orange poppy seed tu guna susu apa???? susu pekat ker???nk try buat la.mcm sedap jer nmpk Fri 28-Nov-2008 01:43
Posted by:ajnie
View all 43 comments


Friday, 7-Nov-2008 18:01 Email | Share | | Bookmark
Poppy Seeds Cake & Chocolate Brownies

 
 
Pada mulanya kita ingin buat kek oren yg ada poppy seeds di dlmnya, tetapi dek kerana ada bhn yg tak cukup kita pun cuba resepi dr Rachel Allen ni dulu...kita tak berapa suka akan rasanya tetapi cik abang dan Muhammad suka pulak kek nih, anak2 kita yg lain langsung tak pandang...huhuhu, apatah lagi nak merasanya Kita sertakan resepinya di sini dan sesiapa yg nak lebih lengkap lagi resepi kek ni boleh rujuk sini



Poppy Seeds Cake
Sumber: Rachel Allen

150g butter, pada suhu bilik
100g gula castor
3 biji telur, dipukul
100g tepung
1 tsp baking powder
75g poppy seeds (kita buh ikut suka hati, 75g cam byk je )

1. Preheat oven 170C/gas 3. Gris 20 cm tin kek dan lapikkan dasarnya dgn kertas minyak.
2. Pukul butter hingga lembut.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga adunan nampak ringan dan gebu.
4. Masukkan pula telur yg tlh dipukul sedikit demi sedikit sambil dipukul sebati
5. Masukkan pula tepung yg diayak bersama baking powder, masukkan poppy seeds dan gaul sebati
6. Masukkan adunan dlm tin kek, ratakan serta tekan sedikit di bhgn tengah kek dgn belakang sudu.
7. Bakar 25-30 minit atau hingga masak
8. Bila kek sejuk boleh dikerat 2 (jika suka), letakkan buttercream dan tangkupkan /sandwichkan kek semula ataupun sapu sahaja buttercream di atas sebiji kek tsb
(utk buttercream kita pukul double cream + icing sugar hingga kental)

>>> Chocolate Brownies ni pula kita buat hanya utk mencuba resepi dr buku masakan yg duk bertapa je kat rak sejak dibeli...sian kat buku tu (nak buat camner dah asyik rujuk resepi fp kengkawan siber je )...so terhasillah brownies nih, itupun kita dah ubah suai sikit berdasarkan stok yg kita ada dan kuantiti gulanya



Chocolate Brownies


150 g plain chocolate - cincang/patah2kan
130 g milk chocolate - cincang/patah2kan
115 g butter - potong kiub
50 g gula perang
50 g gula castor
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
70 g tepung
70 g flaked almonds, lebihkan sedikit utk taburan (leh gak nak guna toasted & chopped walnuts)
100 g white chocolate - cincang sebesar +- 5mm

1. Preheat oven 180 C. Alas tin kek 20 cm/8 in dgn aluminium foil, griskan
2. Dgn menggunakan api yg perlahan, cairkan plain & milk choc. bersama butter dlm periuk, sentiasa kacau dan apabila choc. dan butter sudah cair dan sebati, angkat drpd api
3. Masukkan gula dlm adunan dan kacau sehingga gula larut.
4. Masukkan telur, vanila dan tepung, kacau sebati.
5. Masukkan flaked almonds dan white choc., gaul mesrakan.
6. Tuang adunan dlm dulang kek, taburkan lebihan flaked almonds, bakar 20-25 minit atau apabila dicucuk dgn cake tester ditengahnya ada sedikit crumbs yg melekat (jgn overbake)...sejukkan dulu brownies +-30 minit sebelum dikeluarkan drpd tin kek

dua2 saya suke...tp dua2 xpernah cube Mon 10-Nov-2008 09:24
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
teringat dulu dlm blog auntie yochana... dia ada masukkan gambar kek yg bubuh poppyseed ni.. tau2 rumah dia kena serang dek pihak berkuasa sbb kat singapore rupanya salah dari segi undang2 simpan poppyseed ni... habis semua stok poppyseed dia kena rampas.. & semua gambar2 kuih yg ada dlm blog dia yg guna poppyseed pun dia kena delete.. bahaya jugak yekk kalau kena camtu... hehehe...
kita pun sama mcm zaiy.. nak tau gak.. poppyseed tu ada rasa tersendiri ker?? tak pernah lagi buat kek or apa2 kuih letak benda tu.. tp pernah tgk kat kedai bakeri..
Tue 11-Nov-2008 09:05
Posted by:MaDiHa  - [Link]
salam singgah kak hajar..ela link ya Sun 21-Dec-2008 10:16
Posted by:ruzalila nik  - [Link]
View all 24 comments


Monday, 3-Nov-2008 19:40 Email | Share | | Bookmark
Peristiwa Untuk Diingati...

 
 
 
View all 11 photos...
1 November 2008
Sabtu
Rumah sendiri


Kawan cik abang (sama fakulti di UUM) datang berkunjung...mereka semua buat PhD. di UK...Mat Nor dr. Leeds, Aida dr. Brunel, Adyda dr. Manchester dan Jas dr. Bradford


Gambar kelabu coz bateri tinggal nyawa2 ikan

30 Oktober 2008
Khamis
Junction 32


Tujuh beranak menaiki bas dan train menuju ke Junction 32...iaitu satu kawasan 'guilt-free shopping' hari hujan dan cuaca sejuk tak dihirau, redah je


Tunggu bas dr BD5


Berada dlm bas


Naik train pulak


Baru sampai kat bangunan bersebelahan J 32


Hmmm...dah dapat hasil tangkapan


Di bawah jagaan ayah...ibu mana ye???


Tunggu bas, dah nak balik umah

29 Oktober 2008
Rabu
Rumah Linda


Menghadiri makan2 yg dibuat untuk meraikan Dr. Solah yg berjaya menamatkan PhD. nya, juga sambutan besday Aliah yg ke 3 tahun...bakal menantu ni, ahaksss


Kek coklat utk Aliah...jgn percaya pada gambar, realnya kek ni tak berapa smooth pun...kita baru tahap buah cempedak di luar pagar...


Camna??? bagai pinang dibelah dua tak

Tengok muhammad dengan aliah...memang sepadan bagaikan pinang yang diblender (pantun zaman millenium).......pipi masing2 merah macam kena buh blusher...
simpan gambar ni, besar nanti tunjuk kat dia orang....
Fri 7-Nov-2008 09:17
Posted by:Haniss  - [Link]
Dengan E-Bay anda dapat USD300 sehari? Wow!!!!
Ketahui cara bagaimana menjalankan perniagaan eBay tanpa perlu membeli sebarang stok dengan menjual lebih 200 jenis produk rekaan anda sendiri !!
Klik : http://www.ebay.rahsiasifu.com/index.php?ref=camkimie
Fri 7-Nov-2008 09:45
Posted by:unnamed
Yalah...dua org tu macam pinang dibelah dua....comel sangat...geram tengok Fri 7-Nov-2008 12:39
Posted by:Rfah
View all 33 comments


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.