Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Monday, 12-May-2008 12:40 Email | Share | | Bookmark
Cuaca yang Panas

 
 
Keadaan cuaca sekarang memang panas...panas yg kering, tak payah pakai baju tebal2 dah...mat salleh kuar umah, siap tak pakai baju lagi Apa kata panas2 ni kita pekena mee goreng basah dan sirap bandung selasih...jom layan


Menanti Kepulangan Ayah


Saturday, 10-May-2008 09:17 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Ibu

 
 
 
View all 7 photos...
Buat mak yg tercinta, walaupun jauh di mata dirimu dekat di hati ku sentiasa...

Duhai apakah gerangan budi balasan...
Bagi insan melahirkan...membesarkan...
Bercucuran air mata bila mengenangkan...
Betapalah besar budi ibunda berikan...
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu...
Syurga itu di bawah telapak kaki IBU



Kek ni kita buat khas utk pengunjung2 FP kita (tapi kek ni kita tolong makankan ngan anak2, cik abang pun tak merasa ) dengan ucapan Selamat Hari Ibu...

Quote:

Ini pula hadiah sempena hari ibu yg kita dapat drpd Fliffy yang FPnya sangat cantik lagi menawan, t/kasih Fliffy...semoga kita sama2 menjadi ibu yg terbaik buat anak2 kita


Yang ini pula jambangan bunga drpd Kak Madiha T/kasih atas ingatan dan moga persahabatan di alam maya ini akan berkekalan, insyaAllah


Bunga yg cantik ni pula dihadiahkan oleh Mat Gebu yg blognya selalu menggebukan semangat sesiapa saja utk mencuba resepinya...t/kasih Mat




Wednesday, 7-May-2008 08:42 Email | Share | | Bookmark
Tag dan Award

 
Kita kena tag pulak dgn CTNik yg semua kengkawannya berstatus Datin Sri... Tag seperti di bawah:

Quote:
Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu:

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/ Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

So kita pass pulak tag ni kpd:
Madiha
Shima
Kak Leen



Dan ini pulak award yg kita dapat drpd Aleesa...terharu kita menerimanya, terima kasih ye Aleesa dan diucapkan Selamat Hari Ibu buat Aleesa dan semua insan yg bergelar ibu Award ni kita nak kongsi bersama dgn:
YahMasri
Jiran 169
Kak Ida Isk
CTNik
Kak Jun
Mamasya
Kak ZatiD'Hati dan tiga orang yg kena tag kat atas tu...




Sunday, 4-May-2008 18:30 Email | Share | | Bookmark
Blueberry Cheesecake

 
 
Cik abang kita balik msia selama tiga minggu utk data collection...huhuhu, jadi utk terapi sedeyyy kita yg tak dibawa bersama kitapun buat le kek ni.. kasi gemuk sikit badan...w/pun kena tinggal 3 minggu, makan cukup ooo..muahahaha Resepi Blueberry Cheesecake ni kita ambik dr FP Hanieliza...tq Kak Liza Kalau boleh kita suka letak topping blueberry penuh muka kek tu, tapi Anis dan Iqah suh letak sikit je, kita pun ikut kehendak depalah sebab nanti depa tak mo mkn lak
Utk cik abang kita di msia nun, kita tlg mkn kek ni bg pihak abang, dgn ucapan 'makan nasi dagang, sate kajang jgn lupa mkn bg pihak kita...huuwaaaaa


Blueberry Cheesecake

Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore - kita guna 240 gm biskut choc chip n hazelnut cookies sbb acuan kek besar sikit
2 s/b butter - kita guna 4 s/b

1. Mesin halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehingga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.(kita just letak dlm peti ais je)

Bahan B - Filling
250 gm krim keju
70 gm butter
120 gm fresh cream/whipping cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine-kita gana self-raising flour
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping
Filling blueberry

1. Panaskan oven 150 C
2. Pukul putih telur sehingga naik gebu.
3. Pukulkan keju krim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaupbalikkan adunan. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata.
8. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah masak biarkan di dalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.
***kita bakar secara waterbath***



Saturday, 3-May-2008 18:22 Email | Share | | Bookmark
Agar-agar Nescafe

 
Kali pertama kita tengok agar2 ni kat fp zura...maka kita buatlah agar2 nescafe ni tapi tak ikut spt resepi zura tu, kita buat simple je, al maklum berbaby tecik...apa-apa pun tq pd zura kerana mencetuskan idea utk kita buat agar2 nescafe ni ...


Agar-agar Nescafe

Agar-agar
Air secukupnya
Gula - ikut manis
Nescaffe
Susu cair
Biji selasih - rendam ngan air panas

1. Masak agar-agar bersama air hingga larut
2. Masukkan nescaffe dan gula, kacau
3.Tuangkan separuh agar-agar dlm bekas, separuh lagi biarkan dlm periuk di atas api yg kecil
4. Tapiskan selasih dan masukkan ke dlm agar-agar yg di dlm periuk
5. Masukkan susu cair dlm agar-agar yg di dlm bekas tadi, kacau dan biarkan agak beku
6. Setelah agar-agar tadi agak beku, cakarkan permukaannya dgn garfu dan tuangkan agar-agar yg bercampur selasih tadi ke atasnya
7. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang

***utk sukatan yg jitu rujuk kat fp zura dan zura punya agar-agar lagi cun taw


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net