Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Saturday, 12-Apr-2008 14:04 Email | Share | | Bookmark
No masak masak...

 

Hari ni takde entry masak2, duk tinggal ngan Aisyah dan baby tecik ku Ahmad Syafi so buat le benda alah ni...saje seronok2 lepas tengok anak2 Intan punya scrapbooks...muahahaha, copycat!

->Anis Sabrina
->Paris
->Afiqah
->ParisII
->Thinking of You

->Kesayanganku


Wednesday, 9-Apr-2008 11:18 Email | Share | | Bookmark
Udang vs Paru

 
 
 
Nasi Udang Nenas Kak Yong ni kita ambik resepinya drpd FP Fifi Fad...memang sedap nasi ni, kita bagi 5 bintang utk tuan empunya resepi dan Fifi Fad yg tolong memfofularkannyer


Nasi Udang Nenas Kak Yong

1 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
3 cawan beras
1 peket perencah adabi tomyam (kiub pun boley-tapi kena cairkan dulu) - kita guna perencah asam laksa
1 batang serai - dititik
1 1/2cawan udang kertas - buang kulit
1 1/2 cawan nenas potong dadu (nenas dalam tin)
2 sudu besar marjerin (or butter or minyak biasa) - untuk menumis
4 biji cili merah hiris - kita guna capsicum/pepper
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam (ikut rasa)

1. Basuh beras dan toskan
2. Tumis bawang till naik bau
3. Masukkan perencah tomyam n serai, kacau rata till naik bau
4. Masuk nenas, garam, kunyit kacau kejap 1-2 mins
5. Masukkan air...tutup periuk,biarkan air mendidih
6. Bila dah mendidih masukkan beras, tutup periuk
7. Bila air nasi dah agak kering, masukkan udang n cili merah then tutup periuk, kecilkan api. Bila nasi dah masak, tutup api.
***Hidangkan dengan bawang goreng n daun sup.***

~Selepas langkah 5, kita just masuk dlm periuk nasi letrik, senang keje den

Udang Sanggul ni pula kita buat just berdasarkan maklumat FP BBatriesya...hahhh, jadilah US ni,...tak taulah betul tak rasanya ngan US yg original tu, rupa sanggul pun tak sehalus dan secantik yg Kak Nina tunjukkan tu ...rambut sendiri tak pernah disanggul, udang pulak nak disanggul...wakakaka, teruja punya pasal...sanggul jelah udang tu, nasib ko lah udang


Udang Sanggul

8 ekor udang - kita guna udang yg memang dah masak
8 ketul nugget - belah 2 (kita guna yg bersalut ngan bread crumbs)
Kulit popia secukupnya - gunting halus memanjang / leh guna mesin pasta
1 biji telur - dipukul

1. Apitkan seekor udang dgn nugget yg dibelah dua
2. Celupkan dlm telur then gulung ngan kulit popia ( kira sanggul le ni )
3. Goreng dlm minyak yg banyak menggunakan api sederhana kecil, angkat bila garing
4. Makan bersama dgn cili sos, makan gitu saje pun boleh
###(Sesiapa yg ada resepi udang sanggul yg sebenar, boleh ler share ngan kita jika sudi) ###

Paru Goreng Berlada ni pulak kita ambik resepi drpd FP Hanieliza....chef FP yg tersohor lagi masyhur tu. Paru ni diberi oleh bakal Dr. Jastini kat kita...t/kasih Jas dan Kak Liza yg berkongsi resepi... lama betul tak makan paru, kira lepaslah segala rindu dendam nak makan paru ni


Paru Goreng Berlada

300 gm paru [rebus dan hiris nipis]
1 labu bawang besar [potong gelang]
2 biji cili merah [hiriskan]-kita guna pepper/capsicum
3 keping asam keping-kita guna jus lemon
minyak
garam

Bahan tumbuk/mesin
5 biji cili kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

1. Gorengkan paru yg dihiris sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan asam keping, garam dan paru yg telah digoreng. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan.


Monday, 7-Apr-2008 14:26 Email | Share | | Bookmark
Cotton Soft Japanesse Cheesecake

 
 
CSJC ini adalah kek yg kita buat utk besday Afiqah. Kita ambik resepi ni dr Dapur Loveliana...tapi adalah bhn yg kita ubah here and there T/kasih kpd tuan empunya resepi yg mabeless lagi superb ni

Cotton Soft Japanesse Cheesecake

Bahan A:
250g cream cheese - kita guna 300 g
50g butter
100ml fresh milk
6 biji kuning telur
1 tbsp jus lemon
1/4 tsp garam
60g tepung kek / tepung superfine - kita guna self-raising flour
20g cornflour

Bahan B:
140g granulated sugar
7 biji putih telur - kita guna 6 biji
1/4 tsp cream of tartar atau 3/4 tbsp jus lemon

1. Dengan cara double boil, campur dan cairkan cream cheese, butter dan freshmilk.
2. Bila dah mencair, angkat dan biarkan adunan sejuk.
3. Masukkan tepung kek, cornflour, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese yg tlh sejuk tadi dan kacau sampai rata. Gunakan whisk yang kecil agar adunan cepat rata dan tdk berbintil2
4. Mixer putih telur bersama cream of tartar, sampai berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan mixer lagi sampai kental (soft peak)
5. Ambil sedikit demi sedikit adunan bahan B dan masukkan ke dalam adunan bahan A, kacau sebati
6. Siapkan loyang size 8 in, gris dgn margarine dan alas dengan kertas baking
7. Bakar dgn cara bain-marie (waterbath), dengan suhu 160C selama 1 jam.

Cara membakar dengan waterbath:

Sediakan satu dulang yg sizenya lebih besar daripada loyang cake. Tuang dengan air sejuk dan letakkan loyang berisi adunan cake di dlmnya. Tinggi air separuh dari tinggi loyang. Jangan masukkan air panas,kerana ini akan menyebabkan cake menjadi bantat dan cheesenya akan mengeras di bahagian bawah.



***Kesayanganku***


Sunday, 6-Apr-2008 14:53 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Jadi Afiqah

 
 
Hari ni genaplah usia anak kita Afiqah yg ke 6 tahun...antara kelima-lima anak kita, dia sorang je yg keluar secara normal semasa kita bersalin, yg lain semuanya kena kerat perut nak keluar...itulah pasal perangainya agak istimewa sikit... antaranya payah betul nak mkn nasi,nak mkn pulut mesti pulut yg warna kuning, kdg2 menangis tak pasai2...bila tanya, jawab 'i miss malaysia'...bila kata nak blk hujung thn ni ke msia dia kata' i want to go back to msia just one week'...pulak dahhh. Kat sekolah cikgu dia kata dia jarang main2 ngan kawan2nya tapi duk rajin berkawan ngan cikgu dia ( bodek cikgu apa ni... ), kadang2 suka buat kita naik angin ngan perangainya dan kadang2 buat kita tergelak je...Tahun ni demand besday kek utk dia chiskek, malam tadi kita siap buat chiskek kat dia, pagi ni just deko ala kadar ngan whipping cream je ( cilok deko kek FP Helikonia, izinkan ye ), masa deko ni dia gi Lister Park bg itik2 makan...balik umah je..apalagi belah kek besday sbg sarapan, atas lantai jelah,..ibu dia tak sempat nak bentang2 seprah dah
Apa-apapun Afiqah...Selamat Hari Jadi, moga sentiasa dlm peliharaan-Nya, amin






***Hadiah Untuk Afiqah***
***Afiqah
***


Tuesday, 1-Apr-2008 18:17 Email | Share | | Bookmark
Kuih Apam Putih/Pak Tong Koh

 
Menu minum petang kita ari ni ialah Kuih Apam Putih yang kita dapat resepinya drpd Dapur Loveliana. Terima kasih kpd penyumbang resepi ni


Kuih Apam Putih/Pak Tong Koh
Sumber: Chef Patsie Cheong

Bahan A:
230gm tepung beras (ayak)
150ml air
(Satukan kedua2 bahan)

Bahan B:
180gm gula castor (gula biasapun boleh,guna brown sugarpun boleh,tapi color tak putih ler )
380ml air

Bahan C:
1/2 tsp yis/mauripan/ragi
2 sudu makan air
(Satukan)

Bahan D:
1/8 sudu teh minyak
setitis air kapur makan

1. Masak bahan B sampai mendidih (kalau mau wangi/harum masukkan beberapa helai daun pandan), tuang ke dalam bahan A. Biarkan sejuk
2. Bila dah sejuk,masukkan pula bahan C. Biarkan selama 2 jam sampai dia agak kembang dan naik.
3. Selepas itu tambahkan bahan D dan gaul sebati.
4. Tuangkan adunan dalam loyang dan kukus selama 25 minit.


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net