Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 31-Oct-2008 17:47 Email | Share | | Bookmark
Sup Carrot & Kentang, Garlic Bread & Choc. Moist Cake

 
 
Akhir2 ni malas tul nak update FP, ditambah lak bila nak buka FP semedang je error...menci, mencii, menciii
Menu2 ni pun kira dah jadi sejarah kumbahan, baru ni nak masuk resepinya...hikhikhik
Sup Carrot & Kentang ni kita mkn bersama2 Garlic Bread, best aaa...t/kasih kpd MaDiHa dan Jasmeen (2 orang sekarang ni teror sesangat membuat swiss roll) yg telah berkongsi resepi yg sedap nih



Sup Carrot & Kentang
Sumber:MaDiHa

4 biji kentang besar ~ dikupas & direbus empuk (kita guna 7 biji baby potatoes)
1 batang carrot ~ dikupas & direbus empuk (kita guna 3 batang carrot)
1 kiub pati ayam
1 kotak santan kotak (kita guna fresh milk + susu cair)
Air secukupnya utk kuah
garam secukup rasa
sedikit lada sulah (jika suka)

1. Blend kentang rebus & carrot hingga halus.
2. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan air lagi ke dalam jug blender dan blend lagi supaya kentang & carrot yg melekat pd jug blender akan larut. Tuang semuanya ke dalam periuk (jangan membazir ).
3. Tuangkan santan & air secukupnya dan diikuti dengan bahan2 yg lain ke dlm bahan yg diblend tadi (air ikut pekat yg anda suka) & masak hingga mendidih sambil dikacau2 sentiasa.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Garlic Bread
Sumber:Jasmeen

Beberapa keping roti sandwich

Garlic butter
5 sudu besar butter / margerin
4 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
(semua bahan di atas digaul sebati)

1. Gelek roti menjadi nipis & potong ikut suka
2. Sapu roti dgn garlic butter
3. Bakar dlm ketuhar selama 10 minit atau sehingga nampak garing & kekuningan

~~~~~~~~@~~~~~~~~

Choc. Moist Cake ni kita buat coz lama tak buat kek coklat utk anak2 makan...so cuba resepi Kak Mis ni..walla, memang sedap kek nih...t/kasih Kak Mis



Chocolate Moist Cake
Sumber:Kak Mis

250gm butter
300gm castor sugar
1 tbsp ovallette
6 biji telur
250gm tepung *
2 tsp baking powder *
1½ tsp soda bicarbonate * [ * ayak ]

Paste
1 cawan coco powder *
1¼ cawan air panas *
60gm castor sugar *
1 tbsp nescafe - optional * [*bancuh semua]

Topping
300 gm cooking chocolate
200 gm whipping cream
1 tsp butter
( Double boilkan whip. cream sekadar panas, masukkan cooking choc. kacau hingga choc. cair...angkat, masukkan butter )

1. Pukul butter + castor sugar + ovallette sehingga kembang...masukkan telur satu persatu
2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste
3. Bakar 170 C preheated oven...selepas setengah jam turunkan suhu kpd 150 C hingga kek masak bergantung pada oven masing-masing (oven kita ambil masa 1 jam)
4. Tuangkan topping atas kek...takmo buh topping pun takpe, terus je ngappp


Thursday, 23-Oct-2008 22:32 Email | Share | | Bookmark
Caravan Holidays

 
 
 
View all 44 photos...
Tarikh : 17 Okt. - 20 Okt. (terlepas 2 open house )
Lokasi: Whitley Bay Holiday Park
Rentetan Peristiwa
17 Okt (Jumaat) Bertolak dari Bradford dlm kul 5 ptg...singgah di Durham, ke rumah Ust. Maszlee (pernah datang bagi ceramah masa majlis berbuka puasa Rumpun Bradford). Terima kasih atas layanan dan mee bandung yg sedap disajikan kpd kami, siap tapau lagi tu Dari rumah Ust. Maszlee terus menuju ke Whitley Bay...hujan, masuk je dlm caravan...anak2 ngap bekalan yg dibawa sebelum lena diulit mimpi


Selain train dan bas, Zafira juga menjadi pojaan sepjg tawun


Cik Abang bersama Ust. Maszlee


Kita bersama2 isteri ust., Hamidah dan ibunya


Anak2 bersama anak2 Ust. Maszlee


Sampai dah...(pssttt...sebenarnya ni masa dah check-out, taim sampai ari tu...malam beb, tak dan nak snap )


Sampai je lapar...hujan kat luar, makan dulu baru zzzzzz

18 Okt (Sabtu) Berjalan2 kat bandar dan sekitaran Whitley Bay (WB) Petangnya pula anak2 pergi mandi manda di kolam renang (tak dibenarkan mengambil gambar)...waktu malam sempat meronda ke Blyth, tapi tak snap satu gambar pun di sini


Kat bandar WB - rehat jap lepas shopin sesikit brg


Berlatarbelakangkan sebahagian dr bandar WB


St. Mary's Lighthouse (SML)


Sekitaran SML


Muhammad dah sejuk pas mkn eskrem

19 Okt (Ahad) Ke rumah warga UUM di New Castle...Kak Linda dan Kak Jah, makan tghari kat umah Kak Linda...sempat dibawa pula kami ke carboot sale (CBS) sebelum kami minum petang di rumah Kak Jah, t/kasih buat kedua2nya Sebelum kembali semula ke caravan sempat pusing2 bandar Newcastle


Cik Abang bersama en. asben Kak Linda, Mejar Adnan


Kita bersama anak2 dan Kak Linda


CBS yg Kak Linda bawa...tak ingat ler pulak nama tempatnya...


Cik Abang bersama Akmai dan Kak Jah sekeluarga....aisey gambar kelabu ler bang

20 Okt (Isnin)Menuju ke Newcastle, sempat melihat Gateshead Millennium Bridge dan Angel of the North Kemudiannya ke Durham...meninjau2 bandarnya, cantik Durham ni...mat salleh kat sini pun nampak comey2 dr mat salleh kat Bradford...ahaksss Durham Castle tak larat nak pergi...al-maklum ada 5 handbag yg nak diangkut ...dan akhirnya kembali semula ke Bradford...lubuk segala keturunan khan


Sebelum check-out...posing dulu


Angkut barang...huhuhu, dah nak balik


Selamat tinggal Whitley Bay...


Gateshead Millennium Bridge


Betapa besornya Angel of the North berbanding 2 model tu...nak ambik gambor penuh angel tu pun tak muat


Syafi pun nak posing jugak


Selamat tinggal Newcastle...


Durham...mak aiii, penatnya daki bukit...rehat dulu


Giliran Aisyah lak posing


'3 handbag' kecik yg begitu penat nak diangkut


Durham Castle dr jauh


Selamat tinggal Durham...


Wednesday, 22-Oct-2008 11:40 Email | Share | | Bookmark
Nasi Minyak & Kerutuk Daging

 
Kita buat menu ni sebab teruja sangat dgn nasi minyak Mamasya dan juga kerutuk daging dari rumah Zaiy...memang best resepi ni, tak percaya? cubalah masak...pekena lak ngan ayam masak merah dan acar buah,..makan sampai tak nampak telinga ooo Spt biasa kita c & p dan edit je resepi dr fp mereka...t/kasih buat Mamasya dan Zaiy juga penyumbang asal resepi2 nih



Nasi Minyak
Sumber: Sajian Di Perantauan

2 cawan beras
2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
1 senduk minyak sapi (kita guna butter)
*2 labu bawang besar (hiris)
*2 ulas bawang putih- tumbuk
*2 cm halia - tumbuk
*3 kuntum bunga cengkih
*3 bunga lawang
*3 biji buah pelaga
*2 in kulit kayu manis
garam
lada putih
serbuk kunyit

Hiasan
1/4 cawan kismis
1/4 cawan bawang goreng
2 sb gajus atau badam panggang

1. Panaskan minyak sapi. Tumis * hingga rempah penumis bau wangi.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air panas, susu, garam, lada putih dan kunyit, tutup periuk dan masak spt biasa.
3. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api. Masukkan kismis dan karih nasi dgn perlahan
4. Taburkan bahan hiasan semasa menghidang.

@@ Langkah no. 2 tu kita tak masuk beras...tapi didihkan air panas, susu, garam, lada putih dan kunyit, then tuangkan atas nasi dlm rice cooker, masak spt biasa

Tip memasak nasi minyak dan beriani yang baik:
1.Sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk sehingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.

Kerutuk Daging
Sumber: MakYong myresipi

500g daging
2 sudu cili giling
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[Bahan tumis]
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kerutuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi, masak sehingga pecah minyak
5. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
6. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
7. Siap untuk dihidang.


Tuesday, 21-Oct-2008 07:36 Email | Share | | Bookmark
Citer Coklat & Snickers

 
Quote:
Assalamualaikum... kak Hajar.. Selamat Hari Raya... Sedapnya cheescake nie tapi Maaf.. tumpang tanya.. since kita sama2 duduk di perantauan saja jek nak sampaikan maklumat maybe tak betul tapi rasanya sneakers nie dah tak halal ada article nie mungkin saya silap mintak maaf ye..
Check this article from BBC News
http://news. bbc.co.uk/ 1/hi/business/ 6653175.stm
And this from the Vegetarian Society
http://www.vegsoc. org/news/ 2007/mars. htm


Terima kasih kpd Nana yg meninggalkan komen pada entry Snickers Cheesecake yg lalu dan saling ingat mengingati sesama kita utk kebaikan
Dua info yg Nana beri tu dalam thn 2007...sebenarnya sejak kita datang UK memang kita tak pernah beli coklat Snickers sebab dipaketnya tidak tertera 'Suitable for Vegetarians'(SFV)...tapi baru seminggu yg lalu kita ternampak label SFV ni pada paket coklatnya...jadi projek snickers cheesecake yg tertangguh selama ni dapat dijalankan duduk di perantauan ni label SFV ni je yg selalu jadi panduan bila nak beli makanan dan coklat...dulu pernah terbeli Ferero Rocher...rupa2nya takde label SFV, begitu juga coklat Celebrations...sebelum dtg sini pernah mkn coklat ni, buah tgn dr org yg balik dr oversea, rupa2nya takde label SFV jugak...projek oreo cheesecake kita pun masih tertangguh kerana pek kat biskut tu takde SFV... wallahu'alam

***Info terkini lihat sini



Snickers yg kita beli dr ASDA tertera SFV di pek nya


Thursday, 16-Oct-2008 18:14 Email | Share | | Bookmark
SNICKERS CHEESECAKE

 
Hari raya hari tu kita tak sempat buat sebiji kek pun...memang tak terdaya nak buat ditambah dgn keaktifan si syafi dan ketidakupayaan kita nak masak pelbagai menu dlm satu masa...w/p stok nak buat kek memang ada semenjak dr bulan posa lagi, baru2 ni je dapat godek kek keju ni...kek keju ni kita tabur separuh kekacang di atasnya dan separuh lagi tak disebabkan anak2 takmo kacang2 ni...resepi kek ni kita dapat dr. fp Kak Mis, pakar kek yg tersohor Kek ni bagi kita sedap dimakan selepas semalaman disimpan di dlm fridge...spt biasa kita c & p je resepi ni dr fp Kak Mis...t/kasih Kak Mis



Snickers Cheesecake

Crust
150 gm digestive biscuits - dihancurkan
70 gm butter - dicairkan

Cheesecake Filling

500 gm cream cheese
1/4 cup castor sugar
2 eggs (gred A)
1 tsp vanilla essence
3 snickers bar (1 batang dipotong 4 bahagian, kemudian dipotong kecik2)

Topping Chocolate Ganache
150 gm Whip Cream
200 gm Dark Choc.

100 gm peanuts - roasted & chopped

Caramel Sauce
1/2 cup brown sugar
1 cup whipping cream
1 tbsp butter

1. Prepare crust, chill in fridge/bake sekejap dalam 10 minit
2. Beat cream cheese and sugar
3. Add eggs and vanilla essence
4. Spoon enough cheesecake batter to cover the crust
5. Place cut up snickers into cheesecake batter. Press it down to avoid air bubbles
6. Spoon the rest of the cheese batter on top and bake 150 C for 20 - 25 minit ( oven kita +- 40 min )
7. Once cool place in fridge until ready to use
8. Prepare choc. ganache. Double boil whip cream and dark choc until thicken
9. Prepare caramel sauce. Place brown sugar, whip cream and cook until thicken. Stir in butter. Let cool.
10. Remove cheesecake from fridge and let in come down to room temperature
11. Spoon choc ganache and sprinkle with chopped peanuts
12. Then spoon caramel sauce on top.


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net