Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 12-Oct-2008 13:51 Email | Share | | Bookmark
Raya Lagi

 
 
 
View all 6 photos...
Tarikh: 11 Okt. 2008 (Sabtu)
Lokasi: Rumah En. Afifi & Pn. Muna
Menu: Seperti dlm gambar...besstttt














Quote:

Ganjaran Puasa Enam

Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my


PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:

“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.


Sunday, 5-Oct-2008 14:47 Email | Share | | Bookmark
Edisi Bumper Raya Bradford 2008

 
 
 
View all 63 photos...
Pra raya
1. Cari bebiri nak dibuat rendang...jumpa sekor yg sgt besor...


Hari raya pertama...Selasa 30.9.08
1. Rumah mantan bendahari En. Bahari & Pn. Khaiza

Tuan umah pegang anak teman...teman nak belasah cukup2 menu superb yg terhidang...

2. Rumah bendahari En. Hasbullah & Pn. Diara

Ambik kesempatan bergambar sekeluarga kat kusi ala-ala chesterfield sebelum pekena lontong

3. Rumah mantan penghulu En. Halim & Pn. Ee

Kek lapis sarawak yg pelbagai...guna 80 bijik telur, fuhhh sedap!

4. Rumah sewa sendiri ler pulak...


5. Rumah Timbalan Penghulu En. Shamsul & Pn. Linda

Beraya di rumah baru timbalan penghulu...rasa nak duk lelama je sambil mkn nasi ayam yg nyum nyum nyum

6. Rumah En. Mokhari & Pn. Nor
(terlupa nak ambik gambor...malu pun ada, kamera kita tak canggih...huhuhu, makan laksa t'ganu...besssttt)

7. Rumah En. Faizal & Pn. Jastini

Dah malam dah ni...tapi kita still leh isi lagi perut ngan mee rebus yg sedap

Hari raya kedua...1.10.08
1. Rumah Penghulu En. Nizam & Pn. Ani

Mee kari guna rempah ros mem ani mmg marbelesss...pasal tu kami org pertama sampai

2. Rumah En. Affifi & Pn. Muna

(Ini pun lupa nak ambik gambar...duk mkn nasi biryani sampai tak hingat donia)

3. Menerima tetamu En. Mokhairi sekeluarga

4. Rumah En. Ezak dan Pn. Ilyani
(Ni kes nak ambik gambor, bateri kong lak...laksam yani tetap dlm ingatan)

5. Kelahiran anak sulung En. Ashardi & Pn. Farah...Alyssa Safiya

Safiya pandai senyum bila kita ambik gambarnya...hehehe, leh chup buat menantu nih

Hari raya ketiga...2.10.08
1. Menerima tetamu En. Ridzuan sekeluarga, Ust. Halim, adik Amalina & co. dan keluarga En. Ezak


Hari raya keempat...3.10.08
1. Rumah En. Ridzuan & Pn. Siti

Dek krn mkn karipap yg sedap sgt, ada yg terjatuh kusi...

Hari raya kelima...4.10.08
1. Menyambut kedatangan keluarga baru datang dr Msia ke Bradford En. Nik & Pn. Nor

2. Rumah En. Khafif & Pn. Zu

Sedap benor nasi minyak dan bihun soto yg terhidang

Hari raya keenam...5.10.08
1. Majlis Hari Raya Rumpun Bradford di universiti ..potluck menu



Kaum bapa dan anak2 teruna tengah kontrol macho


Kaum ibu dan anak2 dara tengah kontrol ayu


Sebahagian cilik2 yg ada...susah benor nak suh depa suma duk diam ambik gambor ramai2


Beratur ambik duit raya...t/kasih uncle nik


Kak nor yg baru sampai dr msia kelmarin


Syafi tido dr awal hingga habis majlis...seronoklah ibu makan


Besday boy ngan jam Ben 10 nyer


Camerawoman dan cameraman dgn kamera canggih masing2...kamera mem ani tu leh pegang cam pistol ooo...tembak jelas dan tepat punyer


Muhammad tak dpt menahan sedih bila Aliya, wartawan CNN tanya perasaan beraya di perantauan


Penatlah...jom balik! cuaca sejuk, perut kenyang...sedap tidor..

Quote:
Mutu gambar kurang jelas...kena tukar kamera nih


Monday, 29-Sep-2008 13:45 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 


Saturday, 27-Sep-2008 21:30 Email | Share | | Bookmark
Khas Buat Kak Shikin & Azura

 
Alhamdulillah pada 22 Sept. dan 24 Sept. yg lalu Kak Shikin dan Azura selamat berangkat pulang ke Malaysia...terharu semasa perpisahan tak usah dicerita...yg pastinya tentu hari raya kali ni lebih gembira buat kak shikin dan zura meraikannya di samping ibu ayah dan saudara mara tercinta...



Saturday, 20-Sep-2008 14:30 Email | Share | | Bookmark
Biskut Cornflakes

 


Biskut Cornflakes
Berdasarkan resepi Biskut Buah Pinggang

2 cawan butter
2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
2 cawan tepung kek - kita guna self-raising flour
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung biskut marie ( biskut marie dikisar halus)
2 cawan cornflakes ( dikisar halus)
2 cawan tepung jagung
sedikit esen vanilla
2 biji putih telur
Sedikit cornflakes (dikisar kasar)

1. Pukul butter dgn gula hingga kembang
2. Masukkan kuning telur, kacau rata
3. Masukkan esen vanilla, cornflakes kisaran halus dan semua jenis tepung
4. Uli adunan hingga menjadi doh lembut (jika adunan masih keras tambah butter)
5. Bentukkan adunan, sapukan putih telur di atasnya, dan taburkan kisaran cornflakes kasar
6. Bakar 180 C preheated oven 12 -15 minit / hingga masak mengikut oven masing2


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net