Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 14-Sep-2008 17:34 Email | Share | | Bookmark
Tortilla, Bubur Sagu & Tiramisu

 
 
 


Tortilla

Beberapa keping tortilla - ready made punya, panaskan mengikut arahan bungkusannya

Bahan inti
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - cincang halus
Daging cincang
Sos cili
Sos tomato
Sayur campur - guna yg frozen je
Sedikit serbuk lada hitam
Parutan keju
Telur hancur
Mayonis
Bawang goreng

1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, tumis bawang hingga layu dan naik bau
2. Masukkan daging cincang, kacau sekali sekala sehingga daging agak masak / hingga mendidih
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sayur campur
4. Apabila agak kering masukkan sedikit serbuk lada hitam dan parutan keju, tutup api
5. Masukkan telur hancur, gaul mesrakan
6. Ambil sekeping tortilla, letakkan inti, bawang goreng dan sedikit mayonis (nak pedas, boleh tambah sos cili)...lipat / gulungkan tortilla, baca bismillah...makan!



Bubur Sagu

Sagu kasar - saiz medium
Pewarna merah
Sedikit jagung manis - kita guna dlm tin
Gula - ikut manis yg disukai
Santan pekat
Daun pandan - disimpul

1. Rebus sagu + pewarna hingga sagu jernih, angkat lalukan dgn air paip utk membuang kanjinya
2. Masakkan santan + gula + daun pandan hingga mendidih...sentiasa kacau supaya santan tdk pecah minyak
3. Masukkan sagu dan jagung, renihkan seketika...angkat dan boleh dihidangkan



Tiramisu
(Resepi yg dikemaskini dr resepi yg terdahulu)

Swiss roll coklat (boleh beli / buat kek sendiri)
250 mascarpone keju
284 ml double cream
gula halus(ikut manis yg disukai)
Nescafe (bancuh dgn 1 cawan air - ikut kepekatan rasa kopi yg disukai)
Serbuk koko / parutan coklat

1 Kek coklat dipotong nipis.
2 Susun kek dalam bekas (penuhkan bhgn bawah bekas)
3 Tuangkan 1/3 air nescafe atas kek.
4 Pukul keju + cream + gula hingga kental
5 Tuangkan adunan 4 ke atas kek-ratakan.
6 Ulangi pula dgn lapisan kek, air nescafe kemudian krim
7 Bahagian krim yg atas sekali, taburkan serbuk koko / parutan coklat
8 Sejukkan dlm peti ais sebelum dihidang.


Saturday, 13-Sep-2008 12:04 Email | Share | | Bookmark
Adab-adab Ketika Berbuka



Quote:
Adab-adab Ketika Berbuka

Ihya’ Ramadan
Oleh ANZARUDDIN AHMAD


ORANG berpuasa mesti menjaga adab-adab sepanjang menjalankan ibadah tersebut. Ini termasuklah adab-adab berbuka puasa. Adab-adab berbuka puasa yang perlu diberi perhatian adalah:

- Menyegerakan berbuka (Ta’jil Al-Iftar) sejurus masuk waktu maghrib.
Ini berdalilkan hadis daripada Sahl bin Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa. (riwayat al-Bukhary dan Muslim).

- Memulakan makan dengan basmalah, makan dengan tangan kanan dan mengakhirinya dengan hamdalah.
Ini berdalilkan hadis ‘Umar bin Abi Salamah r.a. (anak tiri Rasulullah) yang pernah tinggal di bawah jagaan Nabi SAW. Kata ‘Umar: Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: Wahai budak kecil! Apabila kamu hendak makan maka sebutlah nama Allah, gunakanlah tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terhidang dekat denganmu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.
Rutab adalah buah kurma separuh masak, yang lembut dan manis rasanya. Tamar pula adalah buah kurma yang sudah kering.
Rutab ialah buah kurma masak yang masih basah. Apabila ia kering dan mengecut ia dipanggil tamar. Anas berkata: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (maghrib) dengan beberapa biji rutab (sekurang-kurangnya tiga biji kerana jamak muannath salim dalam bahasa Arab bermula dengan bilangan tiga), jika tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar (juga sekurang-kurangnya tiga biji) dan jika tiada tamar maka baginda menghirup beberapa teguk air (juga sekurang- kurangnya tiga teguk), sesungguhnya ia adalah suci”. (riwayat al-Tirmidzi)

Inilah sunnah Nabi s.a.w. yang diabaikan oleh kebanyakan orang yang berpuasa, khususnya dalam beberapa undangan umum di mana disediakan makanan dan minuman yang baik dan lazat. (Mahmud bin Ahmad Rasyid, Tawjih al-Sari Li al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah, Dar Ibnu Rajab, al-Mansurah, 2004 : 136).

Dakwaan bahawa jika tiada tamar, maka sunat berbuka dengan buah-buahan lain atau kuih muih yang manis juga tiada sebarang dalil daripada sunnah Nabi SAW.

- Segera solat maghrib selepas berbuka jika makanan belum dihidangkan.
Hadis Anas yang kita bincangkan di atas menunjukkan Nabi SAW berbuka dengan rutab, tamar atau air sebelum solat maghrib.

Selepas berbuka, sunat dia menyegerakan solat maghrib. Selesai solat dia boleh kembali menyambung makan malam untuk memenuhi hajatnya (ibid: 36)

Bagaimanapun, jika makanan telah dihidang, makruh kita meninggalkan makanan kerana mahu segera menunaikan solat. Makruh di sini adalah hal-hal yang dapat mengurangi kesempurnaan solat namun tidaklah tidaklah sampai membatalkannya. (Abdulah bin ‘Abd al-Rahman ‘Ali Bassam, Tanbih al-Afham wa Taisir al-‘Alam, Dar Ibnu Haitsam, Cairo, 1992 : 157-158).

- Tidak makan dengan kadar berlebihan
Ini bertepatan dengan firman Allah: Dan makanlah kamu dan minumlah kamu, dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (al-‘Araaf : 31).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda supaya kita membahagikan perut kepada tiga iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. (riwayat al-Tirmidzi)

- Berbuka secara berjemaah
Disunatkan makan secara berjemaah termasuk ketika berbuka. Para sahabat dapat merakamkan perihal berbuka Nabi SAW kerana mereka berbuka secara berjemaah bersama Nabi SAW.

- Berdoa ketika berbuka.
Berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w. adalah sunat berdoa: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (riwayat Ibn Majah)

- Berdoa kepada mereka yang menyediakan hidangan berbuka.
Ini seperti doa Nabi SAW kepada para sahabat yang menjamu Baginda dengan makanan dan minuman seperti yang diriwayatkan oleh ‘Abdillah bin Busr di mana Nabi menyebut: …Ya Allah! Berkatilah mereka pada rezeki yang Engkau anugerahkan, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka. (riwayat Muslim).

- Menyediakan Iftar (hidangan berbuka) bagi mereka yang berpuasa.
Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang yang berpuasa) tanpa dikurangi sedikitpun ganjaran orang yang berpuasa itu”. (riwayat al-Tirmidzi)

- Tidak mencela makanan
Kata Abu Hurairah: Rasulullah SAW tidak pernah mencela mana-mana makanan. Apabila Baginda menyukai (mengingini) sesuatu makanan dimakannya, dan apabila Baginda tidak menyukainya ditinggalkan sahaja. (riwayat Muslim)

- Menjilat/mengulum jari sejurus selesai makan.
Abdullah Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu makan maka janganlah dia menyapu tangannya sebelum dia menjilat/mengulum jari-jarinya. (riwayat al-Bukhari)

Ini jelas menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya perbuatan menjilat jari-jari adalah sesuatu yang menjijikkan.

Sumber: Utusan Malaysia


Friday, 12-Sep-2008 07:46 Email | Share | | Bookmark
Donat

 
Teruja dan terpaut dgn promosi donat yg dibuat oleh Shima, kitapun mendonatkan diri w/p dlm keadaan diri yg kurang sihat tapi masih stabil Sumber resepi drpd Chef Hanieliza...t/kasih buat Kak Liza dan juga Shima, anak2 kita suka tahap gaban makan donat ni



Donat
Sumber : Hanieliza

Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener - kita ganti ngan ovalette

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan mesin selama 20 minit.
3. Perapkan selama 1 jam atau sehingga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terap dgn acuan donat atau bentukkan sendiri gegelang donat.
5. Biarkan donat naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donat . Perlahankan api.
7. Goreng donat sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.
***kita buat tiga jenis salutan...salutan coklat + kacang, salutan coklat + sprinkle dan taburan cheese ( utk taburan cheese kita goreng donat 1/2 masak, parutkan keju dan sedikit gula diatasnya, bakar dgn suhu 190 C hingga masak)

Ini pula award yg diberi oleh Intan dr Manchester...selangit t/kasih buat Intan, muahhhhh




Tuesday, 9-Sep-2008 16:18 Email | Share | | Bookmark
Mee Jawa

 
 
Ada lebihan keledek buat keria hari tu, so meronda sana sini mencarik resepi yg guna keledek, so jumpa resepi mee jawa kat FP Cek De Sam nun jauh di Finland...t/kasih kerana berkongsi resepi ni



Mee Jawa

Bahan sampingan:
500gm mee kuning dicelur atau spaghetti di rebus
250gm tauge
2 tangkai daun bawang (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
Bahan Mesin:
6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 batang serai
sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering
1 s/b cili kisar

400gm keledek (direbus & dikisar)
1 s/b serbuk kari daging
300 gm udang - direbus, dibuang kulit dan dikisar
1500ml - 2000ml air
2 s/b tepung jagung dilarutkan dgn air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan air sambil dikacau sekali sekala sampai mendidih.
3. Masukkan pula keledek, udang kisar dan campuran tepung jagung.
4. Reneh sampai pekat. Kemudian masukkan garam dan gula.
5. Hidangkan dgn bahan sampingan dan tuangkan kuah dan sajikan panas-panas.


W/pun kita tutup sementara ruang komen, namun kita dapat award ni jugak yg dipesan oleh tuan punya badan melalui email...hikhikhik...terima kasih Linda...kita suka sesangat ,so award ni kita nak pas kpd sesiapa sahaja yg menjenguk FP kita ni




Saturday, 6-Sep-2008 11:12 Email | Share | | Bookmark
Kuih Keria

 


Kuih Keria
Sumber: RinnChan

2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam

Untuk menyira:
1 cawan gula pasir
1 cawan air

1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan
menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi
dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan
terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras.
Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar
boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
**kita campurkan 1 tbsp butter dlm adunan coz keledek UK ni jenis melekat2 sikit...then kita masukkan dlm fridge +-30 mins, baru kita bentukkan gegelang...
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur
sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.

Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga
keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertali-tali jatuh apabila dilelehkan dari senduk.
** JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS.
Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!

3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras
dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net