Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 5-Sep-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
Sepuluh...

 
 


Thursday, 4-Sep-2008 13:03 Email | Share | | Bookmark
Menyelesaikan Tugasan

 
Menunaikan janji utk menyelesaikan tugasan yg diberi oleh cikgu Zaiy dr. Dubai tak siap kena rotan lak nanti
Quote:
RULES
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.
So now, on to the questions...

1) What were you doing 5 years ago?
>>Duk 2 minggu kat Swiss Inn Sg. Petani mengikuti kursus induksi dan tak dapat menghadiri konvokesyen cik abang...huhuhu
>>Dalam tahun ni jugak kita keguguran anak ketika kandungan berusia tiga bulan

2) What are 5 things on your to-do list for today?
>>Bangun sahur kul 3.30 am...imsak habih kul 4.00 am
>>Pukul 8.40 hantar anak2 gi sekolah
>>Buka internet...check email, bukak fp kengkawan cari resepi, if sempat tggl komen
>>Kemas rumah dan layan budak kecik 3 orang tu
>>Memasak utk berbuka puasa sekaligus utk sahur

3) What are 5 snacks you enjoy?
>>coklat yg ada kekacang didlmnya terutama almonds atau brazil nuts
>>kuaci-kalau dapat sepaket besor sekali hadap je
>>makanan ringan - kalau kat msia suka twisties perisa keju, kat uk ni doritos tangy cheese
>>buah ciku...huhuhu tapi lama dah tak makan
>>chiskek...semedang buat kek ni, ketagih ooo...

4) What are five things you would do if you were a billionaire?
>>takkan terjadi dalam hidup kita ni...so takmo berangan2...ahaksss

5) What are five jobs you've had?
>>Minah kilang masa cuti semester zaman belajar dulu...kerja shift malam, siap jatuh kusi sebab tertidur masa kerja
>>Kerani di sebuah firma guaman kat Brickfields
>>Editor di 3 buah syarikat penerbitan yg berlainan
>>Guru
>>Suri rumah utk tempoh 3 tahun...la ni cuti tanpa gaji

***Sempena bulan puasa, tiada sesiapa diberikan tugasan ini, kasi peluang berehat***


Ini pulak kuih Serimuka Lapis Jagung yg kita cilok resepinya dr FP Hanieliza...Kuih ni kita buat sebelum bulan posa lagi, baru nak letak kat fp nih...tapi kita ni terlebih rajin buh kaler merah kat pulut tu...hikhikhik...cik abang kita kata kuih ni dah macam traffic light ler pulak Spt biasa adalah kita ubah sikit2 resepi ni...apa2 pun kita letak resepi asal Kak Liza...t/kasih Kak Liza



Serimuka Lapis Jagung

Lapisan Bawah(Kukus hingga masak)
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
3 cawan santan cair
1 sudu teh garam
*kita buh sedikit pewarna merah dan juga 1 tbsp minyak

Lapisan Tengah(Gaulkan dan masak sekejap atas api)
2 cawan santan pekat - kita guna 1 3/4 cawan freshmilk
1 biji telur - kita tak letakpun
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan jagung cream - kita blend kasar 1/2 cawan sweetcorn + 1/4 cawan susu sejat
sedikit garam

Lapisan Atas(Gaulkan dan masak sekejap atas api)
2 cawan santan pekat - kita guna 1 3/4 cawan freshmilk
1 biji telur - kita tak letakpun
1/4 cawan jus pandan - kita guna pewarna hijau je
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula
Sedikit garam

1. Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang 10 x 10 inci lain yg tlh dilapikkan dgn plastik sehingga mampat.
3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung].
4. Kukuskankan dlm anggaran 15 minit.
5. Bila dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan] dan kukuskan lagi selama 15 minit.
6. Bila dah masak, sejukkan betul-betul baru dipotong dgn pisau plastik dan hidangkan.


Tuesday, 2-Sep-2008 12:02 Email | Share | | Bookmark
Pasembor Kodiang dan Cendul Pulut

 
 
Pasembor Kodiang memang glamer w/p kita tak pernah makan, setakat dengar citer je...tup2 nampak ada resepi dlm Fp Maklang...apalagi, layan ler...tapi kita ada le tokok tambah sana sini berdasarkan apa stok yg kita ada Kita C & P dan edit sikit resepi ni dr FP Maklang, t/kasih Maklang



Pasembor Kodiang
Sumber : Noreen

Bahan2 sampingan:
mee kuning - dicelur (optional-kita tak letak pun)
1 biji timun - dipotong halus
1 biji sengkuang - dipotong halus (kita ganti ngan karet)
30 sen taugeh - dicelur
5 biji telur - direbus dan digoreng
2 keping tauhu - digoreng & dipotong kiub (kita guna sosej)
Kuih cucur udang - dipotong kiub

Bahan2 kuah:
2 biji ubi kentang - direbus & dilecek
1 biji keledek - direbus & dilecek
200gm kacang tanah - digoreng & dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
2-3 camb cili kisar
3-4 camb gula merah
60ml air asam jawa pekat
1/2 liter air rebusan udang (150gm udang - direbus dengan kulit & kepala)
minyak untuk menumis
garam & gula pasir secukup rasa (kita perasakan jugak ngan sos tomato dan juga sos cili)

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi
2. Masukkan air rebusan udang, ubi keledek, ubi kentang, gula merah, air asam jawa, kacang tanah, sos tomato, sos cili, garam & gula secukup rasa.
3. Biarkan kuah mendidih perlahan2. Renihkan sehingga kuah pekat sedikit.

Bahan2 cucur udang:
150 gm udang yg tlh direbus tadi-buang kulit
100gm tepung gandum - diayak (kita guna SRF + tpg gandum)
1/2 camt soda bikarbonat (kita guna baking powder)
125-130ml air kepala udang yg telah dikisar
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng

1. Satukan tepung yg telah diayak sekali dengan soda bikarbonat, garam, udang, air kepala udang yg telah dikisar dan kacau sebati.
2. Bancuhan harus sederhana cair
3. Gorengkan di dalam minyak yg panas,angkat dan toskan.
4. Potong bentuk dadu besar

***Cara menghidang, rasanya semua orang tahu apatah lagi cara memakannya

Memandangkan cuaca kat sini masih suam-suam kuku gitu, kita pun buatlah Cendul Pulut lak...bekalan cendul ni kita kirim pada jiran kita Kak Haiza masa dia shopping kat market Leeds, tup-tup dia bagi free je kat kita...t/kasih Kak Haiza, kalau camni,. leh selalu kirim...ahaksss



Cendul Pulut

Cendul
Pulut (kukus pulut + santan separas pulut + sdkt garam)
Air gula merah (masak agak pekat gula merah/gula melaka + gula putih + air)
Santan (masak sebentar santan pekat + sdkt garam)-kita guna susu sejat + fresh milk

Campurkan semua bahan2 di atas, letak ketulan ais...siap!...if guna parutan ais lagi besttt




Ini pula award drpd jiran kita, Linda yg bagi...t/kasih Linda...kalau kasi award sekali ngan lasagna...berganda-ganda bestnya...hikhikhik, gurau je Linda,... t/kasih banyak, muuuahhhh


Friday, 29-Aug-2008 12:24 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan Bulan yang Suci...

 


Ramadhan bulan yang suci, rahmat melimpah dari Ilahi...
Selamat menjalani ibadah puasa buat kedua-dua ibu bapa tercinta di Kelantan dan Perak, sanak saudara, handai taulan dan pengunjung2 Fp kita walau di mana jua berada...ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap kami sekeluarga, sama ada disedari mahupun tanpa disedari...moga Ramadhan kali ini dapat dijalani dengan sempurna...insyaAllah...




Wednesday, 27-Aug-2008 13:41 Email | Share | | Bookmark
Nasi Kurma, Tutcute, Mamasya, Aishah dan Mat Gebu

 
 
 
View all 5 photos...
Nasi Kurma ni kita buat sebab resepinya amat simple...2 in 1 gitu, tak payah lauk bagai...masak dan boleh terus makan...simple tapi pada tekak kita sedappp Kita tidak masak mengikut kuantiti resepi yg kita sertakan ni, main agak2 je sebab sendiri mau makan sendiri adjust laaa



Nasi Kurma

1 cupak beras basmathi
1 ekor ayam- bersih dan dipotong2
1 cawan susu cair-kita guna freshmilk
4 sudu besar rempah kurma-kita guna 1 paket kecil
1 sudu besar kaskas-kita tak letak pun
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
4 inci halia* (*blend)
5 bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 senduk minyak sapi-kita guna butter
1/2 cawan minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa

1. Beras dibasuh dan direndam kira-kira 5 minit, kemudian toskan
2. Gaulkan ayam bersama rempah kurma, kaskas dan bhn blend*...perap kira-kira 5 minit
3. Panaskan minyak sapi dan minyak, masukkan ayam bersama2 bhn perap, bunga cengkih dan kulit kayu manis, kacau hingga pecah minyak
4. Masukkan pula air, susu dan garam.
5. Apabila mendidih masukkan beras dan kacau rata, kecilkan api biar hingga masak
(Langkah 5 ni...kita masuk je dalam rice cooker )
6. Setelah masak leh le dihidangkan bersama taburan kismis, gajus dan bawang goreng jika suka...kalau rajin buat acar lagi besttt, tak rajin...masak je, terus ngappp...

Tutcute pulak bukan lah makanan tapi Tutie yg sememangnya kiut miut ni seorang photographer yg canggih lagi pandai buat lawaks telah bagi award kat kita...suka sangat kita, t/kasih Tutie ye...muahhhh



Mamasya, tentulah semua pengunjung FP kenal...nun duk kat Brunei, makanan kat umah Mamasya semuanya best2...deko kek pun banyak cantikkkk Mamasya gak bagi award kat kita, selautan t/kasih buat Mamasya...kita suka sangat
Award ini juga turut diberi oleh Aishah yg berada di Jepun...nak tahu keseronokan duk di Jepun, jom lawat FP Aishah...t/kasih Aishah



Mat Gebu sememangnya glamer di alam maya ni...."walaupun rupanya tidak ku kenal tetapi masakannya tetap menjadi pujaan hatiku"...juga telah sudi mencemar duli memberi 2 award lagi tu kat kita...sebumi t/kasih buat Mat



Dan award ni kita nak bagi kpd:

Mamasya
Zaiy
Nurfikas
Yah
Linda
Intan
K.Haiza
Jas
Aishah@ummiaqil


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net