Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 25-Aug-2008 22:03 Email | Share | | Bookmark
25 Ogos yang Menyedihkan...

 
 
 
View all 6 photos...
Hari ni kawan kita Yah ( Masriyah) berangkat pulang ke Malaysia...maaf Yah tak dapat hantar Yah, risau air mata ni tak terbendung...sedangkan kawan yg menjenguk kita selama 2 minggu rasa terharu yg amat sangat masa dia pulang, apatah lagi Yah yg kita kenal hampir 3 tahun di bumi asing ini, memang sedih sesangat
Moga kita akan berjumpa nanti di Malaysia..."Yah, tiap hujung minggu sunyi le kak hajar, sebab Yah kan selalu koling2 kak hajar..."
Patah tumbuh, hilang berganti...tapi manakan sama dgn yg patah dan yg hilang...









Dalam rasa sedih kepulangan Yah ke tanah air, kita dapat berita pula mengatakan suami kpd kawan kita Siti Fatihah / Ah meninggal dunia akibat serangan jantung pd pukul 9 malam waktu Malaysia...Kawan kita ni dulu jiran sekuarters kat Perlis, mengajar satu sekolah kemudiannya dia bertukar ke Sg Petani...moga Ah, Cupi dan keluarga kedua belah pihak tabah menghadapi musibah ini...dan moga roh suaminya ditempatkan bersama-sama orang yg beriman...al-Fatihah...





Saturday, 23-Aug-2008 23:54 Email | Share | | Bookmark
Taufan 'M'

 
 
 
View all 4 photos...
Taufan 'M' melanda mengalahkan taufan nargis...itulah sebabnya fp kita tak berupdate, bukan mogok lapar maupun pergi jenjalan lagipun sibuk benor rasanya taim bebudak ni cuti sekolah...umah tunggang langgang je rasanya Apa2pun ini mee rebus yg kita buat ( tak ingat bila ) berdasarkan resepi dpd majalah saji yg tlh kita edit sikit sebanyak...rasanya mee rebus ni sesuai utk org yg takleh mkn seafood...kita pun tengah berpantang seafood sebab masalah kulit si syafi, tapi kalau teringin sgt kita mkn gak sikit...ngeh...ngeh...ngeh



Mee Rebus

120 g mee kuning -dicelur seketika dan toskan (kita guna spaghetti)
3 biji kentang*-kita rebus hingga empuk bersama ngan lobak merah
10 g lobak merah*
1 batang serai*
5 cm halia*
5 cm lengkuas*
3 biji bawang besar*
2 biji bawang putih* (* kisar)
2 sudu makan cili boh (kita guna sedikit serbuk cili + sos cili)
125 ml santan pekat - kita hanya letak sedikit sahaja
1 sudu makan tepung jagung
500ml air atau ikut kepekatan kuah yg disukai
2 sudu makan rempah kari daging
Gula dan garam secukup rasa

1. Masukkan kesemua bhn ke dlm periuk (kecuali garam dan gula), gaul mesrakan dan masak hingga mendidih
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa, renihkan seketika
5. Angkat dan makan bersama2 dgn mee bersama2 bhn tabur (telur rebus, bawang goreng, perahan air limau nipis etc. yg disukai)
***kentang dan lobak merah tu boleh jugak digantikan dgn ubi keledek***

Yang ni pula gambar2 masa kita pergi Hull, cik abang bawak utk snap2 gambar kita je sebab kita tak pernah sampai lagi ke Hull sedangkan dia dah sampai...alang2 kat sini, apalagi singgah umah org kaya Hull le, Kak Bib...t/kasih Kak Bib, jamu dinner yg best lagi mabeles siap bekalkan telur masin, sos cili sood dan pokok kesum lagi tu utk kita bawak balik ke Bradford



Ini pulak teddy bear yg diberi oleh arina nun jauh kat pakistan nun...t/kasih arina, baru nak tayang ni hah... risau lama2 nanti arina lontar bom ala2 mesra pakistan pulak t/kasih sekali lagi arina



Yang ni pulak award dr Kak Jie Jie dan Zira...t/kasih,.. .t/kasih,... t/kaaassssihhhhh Kak Jie Jie dan Zira



Quote:
These are the rules of the award ~

1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)

2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.

3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.

4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “Arte y Pico” blog, so everyone will know the origin of this award.

Dan anugerah ini diserahkan pula kpd:
Ida Isk-wanita besi yg kerja2nya begitu superb
Cek de sam-masakannya best2
Fliffy-suka dengan hasil LO nya
ZatidHati-tulisannya ibarat membaca sebuah cerpen yg indah dan hasilan kek yg memukau
Tutcute-gambar2 yg disnapnya begitu cantik


Monday, 11-Aug-2008 08:20 Email | Share | | Bookmark
Terima Kasih

 
 
 
Hadiah ini kita dapat drpd Nabialishad/Intan ..moga ikatan persahabatan terus kukuh sesama kita, terima kasih ye Intan, muahhhh



Yang ini pula award yg diberi oleh Kak Lin, Aishah@ummiaqil, Zaiy, Mamasya dan juga DapurImpian...terima kasih semua, kita sangat gembira menerimanya w/p diri kita ni tak sekreatif mana pun
Quote:



Kak Lin : Salam Hajar Jomlaaa Datang Umah Kak Lin Ambil Award
Aishah : psss...mai umah ite sat...amik barang...
Zaiy : salam..mai umah yer..amik hadiah..
Mamasya : Salam Hajar...nanti dtg rumah ambil hadiah.....
DapurImpian : *nanti dtg rumah ambil hadiah lg ye......

Kita nak bagi award ni pula kpd
# Fliffy
# Dilla
# Mummy Hamim2
# Mama@nis


Ini pula Puding Roti Bersos Kastad berdasarkan resepi French Loaf Coffee Pudding dr rumah UmmiZaihadi...tapi kita tak guna roti perancis tu, kita guna roti biasa yg kita toastkan terlebih dahulu, bahan2 yg lain sama je ngan resepi ummi Terima kasih ummi krn berkongsi resepi yg kita rasa memang sedap Kita C&P je resepi dr umah ummi, halal ye ummi...


Puding Roti Bersos Kastad

1 batang roti Peranchis (potong setebal 2cm)-kita guna roti biasa yg tlh ditoastkan
1liter air kopi tanpa gula
200 gm coklat putih (potong kecil2) - kita parut
100 gm kismis
100 gm gula perang
1/2 liter whipping cream

Bahan Kuah Kastad:-

1 liter susu segar penuh krim
Esen vanila
2 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan gula pasir

PUDING:-
1. Rendam roti dalam air kopi sebentar saja.
2. Susun roti dalam loyang 8 inci yang telah dialas dengan alluminium foil (*kerana pudding ni agak susah diterbalikkan nanti).
3. Taburkan sebahagian gula, coklat putih dan kismis. Ratakan.
4. Susun sebahagian roti lagi di atasnya. Buat seberapa banyak lapisan yang boleh dan bahagi2kan gula, coklat dan kismis untuk setiap lapisan (kita buat tiga lapisan). Tapi bahagian atasnya mestilah diakhiri dengan roti.
5. Tuangkan whipping cream rata-rata. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 40 minit (bergantung pd oven masing2).

KUAH KASTAD:
1. Satukan semua bahan dan didihkan atas api yang kecil sehingga agak likat.
2. Angkat dan tuangkan ke atas puding. Masukkan dlm fridge...sedap dimakan sejuk2

(kita hanya masukkan kuah kastad dlm fridge, manakala puding letak kat suhu bilik, masa nak makan baru tuang kuah pudding di atasnya )


Tuesday, 5-Aug-2008 19:10 Email | Share | | Bookmark
Wales (Bahagian Akhir)

 
 
 
View all 14 photos...
21/7/08
Selepas check-out dr travelodge, kami menuju ke Snowdonia...otw ke sana sempat berposing mosing berlatarbelakangkan Menai Bridge, kemudiannya singgah sebentar di Llyn Padarn. Menyelusuri kaki gunung Snowdonia ni memang best, pemandangannya amatlah cantik dan menarik...dari Snowdonia kami menuju ke Conwy, singgah sebentar membeli makanan utk mengalas perut,...Conwy Castle hanya dilihat dr jauh, tak dijelajahpun...dalam masa yg terhad masih sempat lagi snap sana sini dan beli2 souvenier buat kenangan sebelum berangkat pulang...
Selamat tinggal WALES!






























Sunday, 3-Aug-2008 13:00 Email | Share | | Bookmark
Edisi Puding...dan Oh Deghoyan!

 
 
 
Resepi puding2 ni kita ambik resepinya dr rumah Mat Gebu...kita guna agar2 tali, so ada lain sikit cara masaknya dan kuantiti bhn2 lain pun main agak2 sendiri...t/kasih En. Mat krn berkongsi resepi, kita C&P je resepinya dr blog En. Mat



Sago Pearl Pudding


20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning atau ikut warna kesukaan masing2

1. Rendam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah.
7. Sejukkan dlm fridge sebelum dihidang
***kita buat 4 lapisan je...



Puding Permata

Bahan A
300 ml air
200 ml susu cair
125 g gula
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar serbuk agar2

Bahan B
500 ml air
400 ml susu cair
250 g gula
10 g serbuk agar2
1 1/2 camca besar tepung kastard*
3 camca besar air*(*disatukan)

1. UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.
2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong

@@@
Ini pulak buah deghoyan dr. dusun mak dan apak teman di perock nun...hanye gambor je yg ditayang oleh adik bongsu teman...takpe...takpe...takpe...tahap kesabaran ku masih tinggi..huuuwaaaaaaaa




[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net