Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 11-Jul-2008 19:53 Email | Share | | Bookmark
Umpan Tekak

 
 
Apabila idea nak masak buntu, so buat yg sempoi ni je sbg umpan tekak


Salmon Bakar cicah Budu

Ikan salmon - garam kunyitkan, letak butter sikit, bakar hingga masak
Budu - campurkan bersama hirisan bwg besar + cili api + cili merah + perahan lemon

Mudah je...masa selebihnya scrap gambor...hikhikhik




Thursday, 10-Jul-2008 11:11 Email | Share | | Bookmark
Nak Bagi Tajuk Apa Erkkk ?

 
 
 
Ini award yg dibagi oleh Aishah dan Shima, t/kasih atas award ni wahai adik-adikku yg comey dan pandai memasak...lenkali bagi award makanan yg dimasak secara real, boleh ?
Aishah
Shima

Ada syarat pulak tu bila dpt award ni...
<<<"This award is to be given to blogs that have at least 3 posts per week" >>>
>>>Linda
>>>Shariza
>>>Intan

Yang di bawah ni kawan teman kat Shah Alam nun bagi homework pulak, saper lagi kalau bukan si Jasmeen yg dah penah gi Jepun tu...dah dah le tu weh, lepas ni jgn bagi dah h/w kat teman...poskan bekalan tempoyak utk 4 bulan kat teman ada gak pekdahnyer

Quote:

1- 1ST TIME NAIK KAPAL TERBANG
Tahun 99 kot...KL ke Kota Bharu ngan cik abang...

2- 1ST TIME PEGI OVERSEA
November 2005 datang UK, teman cik abang sambung study...kalau tak, la ni ada kat Changlun jadi cikgi...

3- 1ST TIME BEKERJA
Masa cuti semester U '94...keje kilang Thomson Kulim, pasang skru kat radio...

4- 1ST TIME RASA DIRI CANTIK
Bila ada orang mengorat kita...wakakaka

5- 1ST TIME MASUK CINEMA
Dengan kakak no.2 tengok citer Hantu Siang...zaman A.R Badul tengah fofular...

6- 1ST TIME DOK JAUH NGAN FAMILY..
Masa Form 4...dok asrama, kejap je sebab tak best aaa, bukan asrama berhantu,k ...form 5, ulang alik dr umah ke sekolah, jauh gak dlm 25 km, naik bas Whai Thong yg teramat daif tapi pemandunya macam bawak kete F1.. siap ada kes tercabut tayar tengah jalan...

7- 1ST TIME MELAHIRKAN ANAK
26 Mei 1999..lahirkan Anis Sabrina di HUKM, songsang lak tu..kena ler kerat perut...huhuhu

8- 1ST TIME RASA DIRI GEMUK
Bila tengok gambor pregnantkan Anis...mukapun sembab semacam je..

9- 1ST TIME BERCINTA
Tahun akhir kat U 1996...satu blok umah sewa, no umah kita 8-0-12, no umah dia 8-2-12 (ingat lagi tak abang, abang ngorat kita kan...kan...kan)

10- 1ST TIME MASUK HOSPITAL (DOK WAD)
Masa lahirkan Anis tahun 1999...lepas bersalin dr. tanya, 'awak kenan apa, rambut anak awak warna perang'...hihihi


Yang ni pulak saje letak gambar yg kita scrapkan, baru nak belajar Sian Syafi, ari ni dia kena cucuk sampai 3 jarum ooo (for immunisation againts Tet 3, Pol.3, Pert 3, Men C 2, Hib 3, Dip 3, Pneu 2) ...huhuhu




Tuesday, 8-Jul-2008 10:33 Email | Share | | Bookmark
Edisi Coklat

 
 
Pertama: Moist Chocolate Cake ni kita ambik resepinya drpd nor_67 MyResipi...memang moist dan sedap, bagi penggemar kek coklat rugi kalau tak mencuba kek ni...t/kasih kpd tuan empunya resepi


Moist Chocolate Cake

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan.
2. Ayak tepung bersama serbuk koko.
3. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
5. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
6. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil.
7. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
8. Untuk membuat choc ganache: Masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
9. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

### Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek ke atas pinggan. Jadikan bahagian bawah/dasar kek yg dicurahkan choc. ganache.

@@@@

Kedua: Chocolate Chunk Cookies ni berdasarkan resepi Chocolate White Chocolate Chunk Cookies Ina Garten dlm rancangan Barefoot Contessa kat UKTVFood...biskut ni rasanya manis sikit, so kalau nak buat kena kurangkan sedikit kandungan gulanya...



Chocolate Chunk Cookies

1/2 pound unsalted butter, at room temperature
1 cup light brown sugar, packed
1 cup granulated sugar
2 teaspoons pure vanilla extract
2 extra-large eggs at room temperature
2/3 cup good unsweetened cocoa
2 cups flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon kosher salt
1 1/2 pounds good white chocolate, coarsely chopped (kita guna plain choc.)

1. Preheat the oven to 350 degrees F.
2. Cream the butter and both sugars until light and fluffy in the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment.
3. Add the vanilla, then the eggs, 1 at a time, and mix well.
4. Add the cocoa and mix again.
5. Sift together the flour, baking soda, and salt and add to the chocolate with the mixer on low speed until just combined.
6. Fold in the chopped white chocolate.
7. Drop the dough on a baking sheet lined with parchment paper, using a 1 3/4-inch ice cream scoop or a rounded tablespoon.
8. Dampen your hands and flatten the dough slightly.
9. Bake for exactly 15 minutes (the cookies will seem underdone).
10. Remove from the oven and let cool slightly on the pan, then transfer to a wire rack to cool completely.

***Masa kukis ni kuar dr oven...kita tlh letakkan choc. chips diatasnya***


Sunday, 6-Jul-2008 19:21 Email | Share | | Bookmark
Nasi Lemak Fenugreek

 
 
Resepi nasi lemak fenugreek ni kita ambik drpd rumah Ummizaihadi, seronok masuk rumah ummi ni taw...disamping ada masakan sedap2, ada lagu yg best2 dan leh jamu mata ngan set hidangan yg cantik2 ...kerana keunikan nama nasi lemak ni menyebabkan kita teruja nak memasaknya...nasi lemak ni bila masak je, bukak tutup periuk...fuhhh, aromanya memang best apatah lagi rasanya...tak sia-sia mencubanya, t/kasih ummi krn sudi berkongsi resepi yg unik dan sedap ni


Nasi Lemak Fenugreek

4 sudu makan minyak sapi
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar - hiris
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu teh halba
3 sudu makan halia/bawang putih - tumbuk/kisar
2 sudu makan tairu - (kita letak yogurt)
1 kg beras Basmathi- (kita guna beras siam je)
800 ml santan pekat
garam
daun pandan

1. Cuci dan rendamkan beras selama setengah jam (guna beras siam takyah rendam)
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Ketepikan dulu.
3. Dalam kuali lain, tumiskan bahan2 dengan daun pandan dan kacau hingga wangi.
4. Masukkan santan pekat, garam dan tairu, biarkan mendidih sebentar. Tuangkan ke dalam periuk nasi tadi. Masaklah seperti biasa.
5. Hidangkan nasi dgn lauk kegemaran masing2..kita mkn ngan sambal tumis ikan bilis, ayam goreng dan hirisan timun

Aksi Aisyah tunggu ibu masak nasi lemak



Tuesday, 1-Jul-2008 10:24 Email | Share | | Bookmark
Kunjungan Sahabat Lama dr. Liverpool

 
 
 
View all 16 photos...
Hari Ahad lepas, on d way balik dr. 'sunday heaven'...carboot sale le tu, kawan lama cik abg kita tepon bgth depa ada kat Bradford, ajak le depa singgah umah...Rahman atau Pok Mer ni kawan cik abang kita masa sekolah kat Sek. Tengku Muhammad Faris Petra tahun 1988-89, sekarang ni Pok Mer tgh duk sambung PhD kat Liverpool...datang mengejut jadi menu kita pun menu terkezut le jugak, harap Pok Mer n Faezah tak serik datang ke umah kami lagi, 'vision n set corelle tak cukup lagi kan...kan...kan



Ni masa jenjalan kat Shipley, dekat je tapi tak pernah sampai... cantik gak rupa2nya Shipley ni


Yang ni saje nak masukkan perkembangan Ahmad Syafi...yang dah botak kali ke-dua...hahaha



[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net