Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Dec-2006 20:00 Email | Share | Bookmark
Boxing Day

Rice Ball
Rice Ball-inti kacang
Chicken tikka
Hari ni Boxing Day...banyak kedai offer barang pada harga murah.,tak keluar shopping pun..takde barang yg perlu sgt nak dibeli...ye ke? kalau g shopping mesti ada gak barang dibeli
Hari ni makan petang buat Rice Ball, pernah beli kuih ni dlm bentuk frozen...bila makan hari tu rasa sedap lak...jadi hari ni cuba buat sendiri...lebih kurang je rasanya, nanti boleh buat lagi. Intinya kacang goreng yg dah dikisar dicampur sedikit gula.
Chicken Tikka ni lauk makan malam...walaupun rempahnya tulis sweet & spicy...sebenarnya spicy yg lebih...Anis yg boleh makan pedas pun takleh makan byk...

Rice Ball - sorry takde sukatan yg tepat

Tepung pulut
Tepung gandum
Kacang tanah - goreng dan tumbuk
Gula
Air

1. Bancuh tepung pulut dgn air dan bubuh sedikit tepung gandum, jadikan doh - lebih kurang nak buat buah melaka.
2. Campurkan sedikit gula bersama kacang tumbuk.
3. Ambil sikit doh, bentukkan bulat dan isikan dgn kacang tumbuk.
4. Didihkan air..masukkan doh tadi, angkat bila ia timbul.
5. Air rebusan tadi campurkan dgn gula -ikut manis yg disukai.
6. Hidangkan Rice Ball dgn air gula.
@@ Boleh juga makan bersama susu kacang soya...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net