Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Jan-2007 15:05 Email | Share | Bookmark
Sekolah buka kembali

Nak gi sekolah...hooray
Ayam bakar mayonis
Tat telur
Setelah hampir 2 minggu bercuti...anak2 kembali ke sekolah...seronok 2 beradik ni nak jumpa kawan2 semula...dari semalam dah gantung baju sekolah tepi katil Hari ni makan tghari buat ayam bakar mayonis...dpt resepi drpd sini ..tergolek seekor ayam ...dan utk ngap petang ni buat tat telur...lama dah teringin nak buat, elok semalam kawan suami beri dulang muffin..itulah tuah ayam nampak di kaki, tuah org dapat brg free (tq Ghaz)...apalagi buat le tat telur berdasarkan resepi fp Hanieliza, sedap tapi pastri dia tebal sikit...kena terap nipis lain kali ..lagi satu rupa tak comel sgt, comot sikit .Kita copy and paste je resepi kak Liza ni...tq





TAT TELUR

Bahan Kulit:
500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak

quote***
Ibtisam
: Lemak sayur atau shortening adalah pepejal lemak yg dihasilkan drpd minyak sayuran. Ia selalu digunakan utk menghasilkan pastri (piecrust) & biskut yg bertekstur lembut, rapuh & rangup. Shortening boleh disimpan dlm suhu bilik hingga setahun. Ia boleh didapati dlm 2 jenis iaitu biasa(plain) dan berperasa mentega. Warnanya putih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net