Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Jan-2007 14:55 Email | Share | Bookmark
Eksperimen

Dilenggang...
Digulung...
Dibungkus...
Tara...siap!!!
 
 
Aha..hari ni nak buat eksperimen agar2 gulung coz hari tu buat tak ikut sukatan..main curah je..so ini dia resepinya berdasarkan sukatan yg dibuat sendiri

Agar-agar Gulung

20g agar2 (rendam selama 1 jam)**
9 cawan air (1 cawan=250ml)
1.5 cawan gula
250g gula batu
sedikit pewarna

1. Masak agar2 hingga hancur.
2. Tapis agar2, masak semula..masukkan gula dan gula batu.
3. Masukkan pewarna, kacau hingga agar2 likat.
4. Kecilkan api, tuang sedikit agar2 dalam pinggan..lenggangkan spt buat kuih ketayap (lagi nipis lagi bagus).
5. Agar2 sejuk, gulungkan dan letak di atas plastik, gulung dan diikat kedua2 hujungnya.
6. Buat sehingga habis agar2.
7. Masukkan dlm peti sejuk selama 3 hari.*
8. Potong serong sebelum dihidangkan.
**kalau ikut resepi mak..kena rendam agar2 dgn air beras semalaman supaya agar2 nampak berkilat/berkaca
* Nak terus makan pun boleh tapi jika simpan lama,bila agar2 tu dipotong gulungannya nampak rapat



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net