Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 14-Jan-2007 21:25 Email | Share | Bookmark
Seronoknya ada orang Msia datang...

Ayam masak merah
Sayur campur
Puding pelangi
Mee goreng
 
Hari ni ada lagi pelajar phD datang sambung belajar di sini...satu keluarga...bertambah org Msia kat UK ni Jadi hari ni tolong masak utk mereka...nasi, ayam masak merah, sayur campur n puding pelangi ( http://babybatriesyia.fotopages.com/ - Rainbow Marble Pudding...tapi tak guna agar2 serbuk, guna agar2 biasa-rasa ada, rupa tu takle cantik sgt ).
Makan tengahari goreng mee...mee ni kawan (Zawiyah) buat sendiri, kita tolong mesinkan je kat rumah dia...lepas tu bawak balik.., apalagi goreng le, lama tak makan mee kuning..asyik goreng guna spaghetti je..



RAINBOW MARBLE PUDDING
Sumber : Blackmore

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net