Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Feb-2007 21:02 Email | Share | Bookmark
Cakoi

Cakoi
Sambal tumis ikan bilis
Hari ni makan petang buat projek cakoi...tengok cakoi MamaFami mengancam jiwa sungguh ..apalagi bahan2 semua ada, bertambah ngan keinginan nak makan...siap le cakoi utk dingap minum petang ni. Kita cicah ngan sambal tumis ikan bilis...cakoi ni kalau makan ngan sekaya atau kuah kacangpun sodap... Jadi kita copy n paste je resepi MamaFami ni...

CAKOI

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.



quote***
MamaFami:
memang sedap resepi Mama ni..tq


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net