Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Feb-2007 20:20 Email | Share | Bookmark
Kuning

Ikan Lemak Kuning
Agar2 Tembikai
Hari ni makan tghari masak ikan masak lemak kuning dan utk juadah petang makan agar2 tembikai, letak warna kuning. Takde tema lain ke? Agar2 tembikai ni kita dapat resepi dr kakak (Atam)...lepas tu ada gak kat myresepi...kat myresepi tu teknik dia mudah sikit, jadi kita ikut resepi myresepi...jgn marah Atam ye..kita tak ikut sukatan pun, buat sikit coz anak2 ni tembikai real pun tak berapa nak makan, apatah lagi yg palsu .


Ikan Masak Lemak Kuning

Ikan - siang dan basuh (kita guna ikan mackerel)
1/2 labu bawang besar - blend
10 tangkai cili kering - blend (boleh kurang/tambah ikut kepedasan yg disukai)
Serai - diketuk
Serbuk kunyit
Santan pekat
Asam keping/buah tomato
Garam
Sedikit gula
Mentimun - opt. tak letak pun takpe

1. Masukkan semua bahan dlm periuk kecuali asam keping/buah tomato dan mentimun
2. Masak diatas api sambil dikacau hingga mendidih supaya tidak pecah minyak santan
3. Masukkan asam keping/buah tomato dan mentimun, biarkan seketika
4. Perasakan dgn garam dan sedikit gula, bolehlah diangkat
***Resepi masak lemak kuning ini juga digunakan utk memasak ayam***


Agar-agar Semangka/Tembikai - Sumber:myresepi

1 bungkus agar2
2.5 cawan gula pasir/ikut manis
6 cawan kecil air
4 biji putih telur
pewarna hijau-utk kulit
pewarna merah/kuning-utk isi
sedikit kismis-utk biji
sedikit esen rose-opt..kita tak bubuh pun

1. Pukul putih telur hingga kembang/meringue
2. Sementara itu, masak agar2 bersama gula ndan air sehingga agar2 larut.Masuk esen rose jika suka.
3. Tapis agar2 ke dlm putih telur dan pukul lagi hingga hampir2 sejuk.
4. Tuangkan ke dlm bekas bulat. Taruhkan sedikit pewarna merah/kuning ditengah agar2.
5. Kacau dgn chopstick/lidi sate. Jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. Letakkan kismis di permukaan agar2 tadi dan masukkan dlm fridge.
7. Bila agar2 dah sejuk, keluarkan dr bekas dan terbalikkan lalu disapu pewarna hijau sbg kulit.
8. Potong dan hidangkan.



quote***
Ida:
agar2 ni sesuai utk buat hantaran ni...kalau kita makan cair dlm mulut , tak sempat telan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net