Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-Feb-2007 20:43 Email | Share | Bookmark
My Chocolate Muffin

Chocolate Muffin
 
 
Hari ni teruja betul nak cuba buat muffin sendiri...resepi pun reka sendiri...cewah ...Untuk mendapat feedback, kita baca apa komen mereka:-
Anis: Sedap!
Iqah: Tak suka koko...nak putih jee...
Muhammad: Besst.
Aisyah: ( sengih ...suka kot )
Suami: Huyoo bestnya, tak pernah mkn sedap camni...( dialog yg sama bila kita tanya masakan kita sedap atau tak )



Chocolate Muffin

100 g serbuk drinking chocolate
100 ml air panas
70 g butter -kita guna butter utk mkn roti
2 biji telur
50 g gula halus
80 g tepung naik sendiri

1. Campurkan drinking coklat bersama air panas.
2. Masukkan butter, kacau sebati supaya butter cair - kita masuk dlm microwave dlm 30 saat.
3. Dalam bekas lain pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan ke dlm bancuhan coklat. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung, gaul sebati.
5. Isikan adunan dlm acuan muffin separuh penuh.
6. Bakar 20 minit dgn suhu 170 C dlm oven yg tlh dipanaskan terlebih dahulu.

quote***
Ishzah: Tq


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net