Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Feb-2007 20:50 Email | Share | Bookmark
Aktiviti Hujung Minggu

Mini Puff Sardin
Kaswi Beriani- utk rumah Penghulu
Kaswi Beriani- utk rumah Na
Hari ni bangun pagi hilang rasa sakit kepala sejak semalam lagi...aura nak gi carboot kut ..sebelum g carboot sempat buat Mini Puff Sardin cam dlm fp Ida utk breakfast...Balik dr carboot, sempat g shopping kat Tesco Extra, balik rumah masak Kaswi Beriani cam fp Ishzah utk buah tangan majlis ilmu utk muslimin di rumah Penghulu dan makan2 kaum muslimat di rumah Na Mahadi...aktiviti menggebukan badan le ni...ada nasi goreng kerabu gitu.. Kelmarin pun ada makan2 kat rumah Yah Masri...macam2 ada, laksa, bihun tomyam, fruit tartlet etc...sakit kepala pun selera tetap ada . Utk Ishzah kita copy and paste je resepi kat sini & resepi Ida juga, harap diizinkan dan tq tapi hasilan kita taklah setanding ngan Ida n Ishzah



Kaswi Beriani

Bahan Untuk Lauk
250gm daging kisar
50gm kismis kuning
50gm rempah beriani
1 tangkai daun ketumbar ~ dihiris
1 tangkai daun pudina ~ dihiris - kita letak daun bawang sebab kita tak suke daun pudina
Secukup minyak masak
Garam ~ secukup rasa

Hiasan:
2 batang lada merah ~ buang bijinya dan hiris tipis.

Bahan Untuk Kisar
1 labu bawang besar
1 hiris halia
2 ulas bawang putih
3 tangkai lada kering

Bahan Untuk Kaswi
200gm tepung beras
100gm tepung sagu kanji
50gm tepung jagung
1000ml santan
1 s/teh air kapur
Sedikit perwarna kuning
Sedikit garam

Cara Masak Lauk:
Panaskan minyak, goreng kismis sebentar sahaja lalu di angkat dan di ketepikan.
Tumis rempah kisar dan kacau hingga bangkit aromanya.
Masukkan pula rempah beriani, daging dan garam.
Masak sehingga dagingnya empuk dan kering.
Masukkan pula hirisan daun-daun dan kismis. Gaul lagi.
Alihkan dalam pinggan dan sejukkan.

Cara Buat Kaswi:
Gaul rata semua bahan kaswi.
Masak diatas api yg sederhana sehingga pekat sedikit lalu diangkat.
Tuang ke dalam acuan dan kukus sehingga masak selama 20 minit.
Sewaktu masih panas lagi, taburkan lauknya dan tekan sedikit di permukaan kaswi itu.
Kemudian taburkan dengan sedikit hirisan lada merah jika suka.



Mini Puff Sardin - Sumber:Ida

Roti canai segera
Sardin tin
Sedikit lada hitam
Mayonis
Telur
Susu cair
Pewarna kuning

1. Roti canai dikerat 4
2. Keluarkan sos sardin, campurkan sardin tsb bersama mayonis dan sedikit lada hitam
3. Letakkan atas roti canai, gulung - utk mudah rujuk fp Ida
4. Sapukan telur yg tlh bercampur dgn susu cair dan pewarna kuning di atasnya
5. Bakar sehingga warna kekuningan/ nampak garing - kira2 20 minit

quote***
Rai: Cuba jgn tak cuba, sempoi dan sedap
Ida: Tq Ida...seikhlasnya dr jauh

Ishzah Kita buat ni sbb teruja sgt tengok dlm fp Ishzah...thanks berkongsi resepi
Zawiyah Ye ke Yah...nanti kalau buat lagi, kita kasi yee


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net