Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Feb-2007 21:34 Email | Share | Bookmark
Roti Jala cicah Kuzi

Roti Jala
Kuzi
Hari ni buat roti jala cicah kuzi...roti jala ni pun kat Malaysia tak pernah nak buat w/pun acuannya ada...tiba kat UK ni Yah yg ajar cara nak menebar jala dlm kuali First time nak tebar punya le ketar2 tgn ..hari ni kira oklah, tapi penat nak menjala bg banyak..tebar punya le lama, makan sekali hadap je..anak2 pun suka makan begitu saja. Makan roti jala cicah kuzi cukup best...kuzi ni kat Kelate memang terkenal le...kitapun kenal kuzi sbb kahwin ngan org kelate..."sedak sngoti kuzi ni, yo dok abg?"

Roti Jala

350 g tepung gandum
2 biji telur
450 ml susu segar
450 ml air ( kiranya bancuhan pekat, boleh tambahkan lagi air)
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
2 sudu besar butter- dicairkan

1. Masukkan semua bhn dlm blender, blend hingga tepung tidak berketul.
2. Biarkan adunan 30 minit - 1 jam.
3. Panaskan kuali non-stick, masukkan adunan dlm acuan roti jala, tebarkan dari bulatan luar ke dalam.
4. Biarkan masak, angkat dan gulung.- kita gulung 2 keping, 2 keping...

Kuzi

1 ekor ayam - potong kecil
3 sudu besar rempah kuzi + sedikit air panas#
2 inci kulit kayu manis#
5 kuntum bunga cengkih#
2 kuntum bunga lawang#
4 biji buah pelaga#
1/2 inci halia*-blend
2 ulas bawang putih* -blend
2 ulas bawang merah*-blend
2-3 sudu minyak sapi - kita guna minyak biasa je
2 tin susu cair - kita guna susu segar
1/2 botol sos tomato
1/2 tin tomato puri
1/2 cawan badam (panggang) - kita guna gajus
1/2 cawan kismis (digoreng sebentar & angkat) - kita ganti ngan kacang pea dlm tin
2 cawan bawang goreng dikisar
Garam & gula secukup rasa

1 Ayam digaul dgn bhn *. Goreng 3/4 masak.
2 Tumis rempah2 # dgn minyak sapi/minyak lebihan goreng ayam tadi.
3 Masukkan ayam, gaul sebentar. Masukkan susu, sos tomato, badam,kismis dan bawang goreng.
4 Tambah air jika kuah terlalu pekat.
5 Bila ayam telah masak, perasakan dgn garam dan gula. Kacau sebentar dan angkat.





quote***
Rai:
Suka kuzi juga ye...sama le kita
Ida: Kita pun ada buat tak nampak bentuk jalapun, macam kain buruk koyak je masa tu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net