Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Feb-2007 13:29 Email | Share | Bookmark
Nasi Goreng Berempah

Nasi Goreng Berempah
 
Disebabkan hari tu dah terbeli baby chicken yg memang kecik macam baby tak cukup bulan je ...kita pun tak jadi nak buat lauk makan dgn nasi putih..nanti tak puas makan lak, so buat le nasi goreng berempah...resepi belasah sendiri tapi kita letak le kat sini gak resepinya, mana tau kut anak cucu buka fp ni n nak cuba buat Jgn depa tukar nama pada nasi goreng belasah, sudah!!

Nasi Goreng Berempah

ayam-potong, garam kunyitkan dan goreng.Ketepikan
3 mangkuk nasi putih
4 ulas bawang merah-tumbuk lumat
3 ulas bawang putih-tumbuk lumat
3 sudu besar rempah biryani + sedikit air panas
5 sudu besar air
5 sudu besar sos cili
1 kiub pati ayam
kacang pea dlm tin-boleh juga guna sayuran campur
minyak

1 Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
2 Masukkan rempah biryani. Kacau, masukkan air, sos cili, kiub pati ayam dan kacang pea.Kacau.
3 Masukkan nasi, goreng sekata.
4 Masukkan pula ayam goreng, gaul sebentar supaya mesra dgn nasi.
5 Angkat. Hidangkan bersama bawang goreng, hirisan daun bawang, daun ketumbar dan cili merah.



## Ida...he..he..menjadi,tq


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net