Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Feb-2007 18:15 Email | Share | Bookmark
Strawberry Yogurt Tart

Baru keluar oven
Keluar dr acuan
Strawberry Yogurt Tart
Hari ni buat tat berintikan yogurt sebab tengok ada byk lagi yogurt perisa strawberry dlm fridge... Resepi ni kita ubah suai sikit drpd resepi yogurt tat dlm myresepi Kita pernah buat tat ni tapi kulit dia rapuh n pecah masa keluar dr acuan...tak masuk fp le sbb tak jadi ..tak puas hati, kita cuba lak hari ni, alhamdulillah menjadi



Strawberry Yogurt Tart

Untuk kulit tat
200 g tepung gandum
150 g butter
100 g gula halus
1 biji telur

Untuk filling
300 g strawberry yogurt
100 g gula halus
1 biji kuning telur
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
250 g fresh milk
1 sudu besar butter
1 sudu besar jus lemon

1. Untuk kulit tat: Pukul butter + gula hingga kembang. Masukkan telur dan kacau sebati.
2. Masukkan tepung, gaul sebati. Simpan dlm fridge sekurang2nya sejam.
3. Untuk filling: Panaskan susu dlm periuk sehingga hampir mendidih menggunakan api sederhana. Tutup api.
4. Dlm mangkuk lain, campurkan yogurt bersama gula dan kacau.
5. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sebati.
6. Tuangkan bancuhan ke dlm periuk susu, kacau sebati.
7. Panaskan semula campuran tadi, kacau hingga pekat. Angkat.
8. Campurkan butter dan jus lemon, kacau sebati.
9. Hasilan tat: Keluarkan kulit tat tadi. Jika doh agak lembik blh tambahkan sedikit tepung gandum.
10. Canai dan terap bentuk bulat, masukkan dlm acuan dulang muffin.ICucukkan doh dgn garfu, isikan filling.
11. Bakar 20-25 minit/hingga masak dengan suhu 180 C dlm preheat oven.

quote***
Ishzah
: Rasanya masam2 manis gitu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net