Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-Feb-2007 19:12 Email | Share | Bookmark
Kek Puding Karamel

Baru kuar dr oven
 
 
Hari ni kita buat kek puding karamel sbb tak puas hati hari tu buat kek dia tak jadi gebu...kita suka makan kek ni...jadi nak buat juga kek ni sampai menjadi, so bila nak mkn tak payah nak tempah kat org Resepi ni dpt drpd Yani myresepi...tq Yani kerana berkongsi resepi yg marbeles ni dan menjadi peberet kita

Kek Puding Karamel - Sumber: Yani myresepi

Karamel
60 g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500 ml susu segar
70 g gula
sedikit esen vanilla
Kek Span
70 g tepung naik sendiri
60 g gula halus
2 biji telur
20 g mentega - dicairkan

1. Sapukan loyang dgn butter.
2. Cairkan mentega, ketepikan. Preheat oven 170 C.
3. Sediakan karamel: Campurkan gula dgn 1 sudu air. Panaskan sehingga perang. Kemudian tambahkan 2 sudu besar air. Tutup api, tuangkan ke dlm loyang.
4. Sediakan puding: Panaskan susu + gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
5. Masukkan telur dan esen dlm mangkuk. Pukul sedikit. Tuangkan susu panas tadi perlahan2 ke dlm mangkuk sambil dikacau perlahan supaya tidak berbuih.
6. Tapiskan ke dalam loyang karamel.
7. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur . Pukul putih telur dgn separuh gula hingga kembang.
8. Pukul pula kuning telur dgn separuh lagi gula sehingga menjadi bentuk krim.
9. Campurkan kedua2 adunan telur tadi. Pukul perlahan hingga sebati.
10. Ayak tepung dlm adunan telur. Kacau dgn kaedah kaup balik.
11. Akhir sekali masukkan butter yg telah dicairkan. Kacau sebati.
12. Tuangkan adunan kek ke dlm loyang puding tadi.
13. Bakar selama 40 minit/hingga masak dgn kaedah bain marie.(Adunan kek span akan terapung di permukaan adunan puding)
14. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan kek dr loyang.



quote***
MamaFami
: memang jadi peberet kita ni
Ishzah: TQ
Rai: hahh...cepat sambut
Linda:
Umi-kal Nasution: moga umi sukses membuatnya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net