Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Feb-2007 21:18 Email | Share | Bookmark
Muffin Coklat Pisang

 
 
 
Resepi ni nampak simple..jadi kita try buat je memandangkan ada pisang yg belum habis dingap anak2... Kononnya nak makan sbg breakfast esok, tapi ngap juga...lagipun dapat 8 biji je Resepi ni dpt drpd myresepi oleh Yani.

Muffin Coklat Pisang

100 g pisang
100 g tepung gandum - kita guna tepung naik sendiri
50 g mentega - dicairkan
20 g serbuk koko
50 g gula halus
1 biji telur - suhu bilik
1 sudu kecil baking powder
50 ml susu segar
walnut secukupnya (opt-kita guna chopped mixed nuts)

1. Panaskan oven sehingga 180 C. Pukul sedikit telur dgn garfu-tak perlu kembang.
2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko & baking powder ke dlm plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati.
3. Masukkan pisang ke dlm mangkuk. Lenyekkan dgn garfu.
4. Masukkan pula susu segar ke dlm pisang tadi dan kacau.
5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dlm plastik tadi dan kacau.
7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dgn sudu cedukkan ke dlm muffin cup. Isikan 2/3 penuh.
8. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net