Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-May-2007 18:37 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat Nestum

Selepas keluar dr oven
Setelah dipotong
Bolehlah dimakan
 
 
Aha...lama dah tak masukkan masakan dlm fp ni...almaklumlah hari tu komputer kong...rawat kat malaysia pun tak ok gak...jadi kena beli yg baru gak...boleh le berfp lagi ..Hari ni cuba buat kek utk minum petang...resepi ni diubah drpd resepi kek milo berjalur nestum dlm majalah Saji Mei 07

Kek Coklat Nestum

125 g butter
125 g gula kastor
150 g tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh vanilla ekstrak
3 sudu besar drinking chocolate
3 sudu besar nestum

1. Pukul gula dan butter sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
3. Masukkan esen, diikuti tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan
4. Bahagikan adunan kpd 2 bhgn. Satu adunan dicampurkan drinking chocolate, satu lagi dicampurkan nestum
5. Tuangkan adunan berselang seli atau ikut kreativiti masing2 ke dalam acuan
6. Bakar pada suhu 180 C selama 35-40 minit.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net