Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-May-2007 14:01 Email | Share | Bookmark
Pau Mantau

sebelum dikukus
selepas dikukus
sedia utk dimakan
cicah dgn sekaya
Pau ni kita tengok dlm majalah Anis Mac 2007...pau ni takde inti...cuma masa makan ikut suka kita lah sama ada nak makan cicah dgn sekaya, cicah dgn kari atau makan kosong je . Resepi pau ni tak ikut resepi asal majalah tu, kita buat dgn bahan yg kita ada...alhamdulillah jadi

Pau Mantau

250 g tepung naik sendiri
7 g yis kering
70 g gula halus
200 ml air suam - hari ni kita guna air sejuk
80 g shortening - takde leh guna minyak masak
pewarna yg disukai
kertas pelapik

1. Campurkan tepung, yis dan shortening, gaul menjadi serbuk roti
2. Bancuh gula bersama2 dgn air
3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh menjadi licin(tak semestinya air tu habis)
4. Bahagikan doh kpd 2 (elok guna penimbang)..biarkan -+45 minit
5. Tumbuk2kan adunan, kalerkan 1 bhgn dgn warna yg disukai, 1 bhgn warna asal...uli menjadi bulat
6. Terap doh asal menjadi bulat leper, ketepikan...terap pula doh berwarna sama saiz dgn yg doh asal
7. Letak doh berwarna atas doh asal, tekan supaya rata.
8. Gulung doh perlahan2 dan ketat2 supaya doh melekat antara satu sama lain.
9. Kemas dikedua2 hujungnya. Potong adunan selebar -+2 cm...letak atas kertas pelapik
10. Panaskan air kukusan, kukus 10-15 minit.



quote***
MamaFami
: sentuhan Mama tentu gebuss pau tu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net