Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Jun-2007 22:17 Email | Share | Bookmark
Minum Petang yg Mengenyangkan

kek jiran 151 yg gebusss
pau
inti kaya
Minum petang hari ni betul2 mengenyangkan... alhamdulillah, lepas makan pau, jiran 151 datang bagi kek coklat kukus...tq..tq sedap dan gebuss tak lama lagi gebusss kut badanku ini Kita buat pau ni ikut resepi pau kukus tradisional fp rinnchan..tapi tak le secantik dan segebuss cam rinnchan buat...kita taruk inti kaya, kut2 boleh jadi kaya spt biasa kita copy n paste je resepi rinnchan ni...tq

PAU KUKUS TRADISIONAL

1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu) - kita guna air suam

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.

Kita buat separuh drpd adunan asal



quote***
Auntie fliffy
: lepas dpt baby baru kutt
Ida isk: TQ

Happybuying: alamakkk...Datuk K pun ada tudung...moga bisnes kencang


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net