Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Jun-2007 20:46 Email | Share | Bookmark
Kung Pao Chicken dan Apam Harum Manis



Kung Pau Chicken ni menu makan tengahari hari ni...resepi drpd sifu fp., tak lain tak bukan Pn. Hanieliza...kalau sebut laju2 ni boleh tersebut kung fu chicken mah...wachaaa ...kita copy n paste je resepi ni, tq

KUNG PAO CHICKEN

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu -kita guna seekor ayam dipotong kecik2
1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus panggang
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit - kita guna warna merah punya
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato - kita guna sos cili
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

*********************

Ingat hari ni malas nak buat makan petang...tapi tengok hari tak gelap2 (summer ni kul 9 mlm cerah lagi ) kitapun cuba buat Apam Harum Manis cam dlm fp Rossya n fp MamaFami...tapi biasa le kita, mesti hasilnya tak secun n secomei depa masa nak letak pisang kat kuih ni, anak2 nak makan pisang lak..tara cukup la itu pisang...so kita masuk adunan selebihnya dlm pyrex pronto, pastu tabur sprinkle atasnya ...sbg rujukan kita paste resepinya di sini, tq sis Rossya ( kita buat separuh drpd adunan asal)



pisang ganti ngan sprinkle


HARUM MANIS

300g gula melaka
350ml air
4 biji telur
200g gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

bahan2 diayak bersama:
350g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam


50g mentega dicairkan
8-9 biji pisang raja/ berangan atau Del Monte


Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.

Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata. Kemudian masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan. Isikan separuh penuh sahja kedalam acuan. Lalu letakkan hirisan pisang keatas adunan. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.


quote***
Max joey:
Nama lain tak tau le...kita pun ambik dr fp Rossya dik


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net