Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Jun-2007 14:27 Email | Share | Bookmark
Homemade Mee Kuning

Hari ni pada mulanya nak order pizza je utk lunch...malass je nak masak..tup2 rasa nak makan mee goreng lak, apalagi ajak anis tolong mesin mee (if kat msia idak le teman ghajin nak buat mee sendiri )...pastu goreng mesra dlm kuali dan ngappp

Mee Kuning - sukatan ikut umi_e myresipi (kita main buat je tak ikut sukatan pun)

500 g tepung gandum
200 ml air
satu sudu air abu - kita guna air kapur
sedikit pewarna kuning
garam
minyak
air utk merebus

1. Panaskan air rebusan bersama sedikit minyak.
2. Sementara tu campurkan air, air kapur, garam dan pewarna kuning dlm mug.
3. Tuangkan dlm tepung sikit2 sehingga menjadi doh...doh nak buat mee ni agak keras sikit bukan cam doh nak buat karipap
4. Ambilkan sedikit adunan, mesin leper...buat sampai habis - guna mesin pasta
5. Kemudian mesinkan bentuk mee dan rebus dlm air rebusan yg mendidih
6. Bila mee dah timbul, angkat...alirkan dgn air sejuk utk hilangkan pahit kapur kut ada...then gaul dgn sedikit minyak


baghu lepah ghebuh..



ate...apalagi, makan le wehh...


quote***
Rinnchan:
kita pun baru belajar je buat mee kuning ni


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net