Want your
own Fotopage?








 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Jun-2007 19:50 Email | Share | Bookmark
Sagu Gula Melaka

 
Juadah petang ni...kita copy n paste resepi drpd fp Ishzah...tq



Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan
500gm sagu biji
1 litre air
Setitik dua perwarna hijau ~ optional

300gm gula melaka + sehelai daun pandan ~ masak hingga pekat kemudian tapis (kita guna dark brown sugar + esen pandan)

300ml santan pekat ~ guna santan kara (kita guna fresh milk)
600ml air
1 s/teh garam
1 s/mkn tepung jagung + sedikit air

Cara-caranya
Gunakan periuk yg bersih dan tidak berminyak.
Didihkan air. Bila sudah mendidih, masukkan sagu biji dan hendaklah sentiasa dikacau, jangan berhenti sehingga ia berkanji.
Bila bintik-bintik sagu itu sudah tidak kelihatan lagi, matikan api.
Dengan menggunakan tapisan ambil 1 atau 2 senduk sagu itu, masukkan dalam tapis dan cuci dibawah air paip yg sedang mengalir deras, sehingga semua kanjinya hilang dan tinggal hanya biji-biji sagu yg tidak berkanji. Buat begitu sehingga sagu dalam periuk habis.
Lalu masukkan biji sagu yg bersih ini ke dalam acuan atau mangkuk dan simpan dalam petisejuk.
Kira-kira setengah jam kemudian ia akan menjadi kental dan beku.

Semasa menghidang, keluarkan sagu ke dalam mangkuk lain lalu curahkan santan dan gula melaka. Amat sesuai di makan waktu sejuk dan dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Cara membuat sos santan
Satukan kesemuanya, gaul lalu didihkan santan hingga pekat sedikit. matikan api dan siap digunakan.

quote***
Ida isk
: gula apong tu camna ye ...tentu best tu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net