Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Jun-2007 19:00 Email | Share | Bookmark
Badak Berendam

Tak tau lah dr mana asal nama kuih ni... maybe kuih ni nampak debab terendam cam badak kut Aceli kuih ni berwarna putih, saja je kita nak buh kaler hijau utk tak nampak pucat sangat Kita buat kuih ni agak2 je sukatannya sebab nak buat sikit je...anak2 tak pandai nak makan lagi kuih ni, kira buat ni utk mak bapak budak je makan...tapi sbg rujukan kita sertakan resepi berdasarkan buku Mahir Memasak Langkah demi Langkah



Badak Berendam

300 g tepung pulut
250 ml air
200 ml santan pekat - kita guna fresh milk je

Inti
150 g gula melaka - kita guna dark brown sugar
200 ml air
1 biji kelapa parut - kita guna desiccated coconut
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen pandan

1. Masukkan semua bhn2 inti dlm kuali, kacau dgn api kecil hingga agak kering...angkat & sejukkan
2. Untuk lapisan luarnya, uli tepung pulut dgn air hingga kenyal
3. Ambilkan sedikit adunan, bentukkan menjadi bebola & masukkan inti di tengah2nya
4. Susun dlm loyang dan kukus
5. Setelah separuh masak, masukkan santan dan kukus sehingga masak.
***jika suka boleh taburkan milo diatasnya sebagai hiasan semasa dihidangkan***


quote***
Cek de sam
: suka ye...lebihan tepung pulut buat kuih angku tu...leh buat kuih ni lak
Ida isk: jgn mati tercekik makan badak berendam ni, sudahh!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net