Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Jul-2007 19:24 Email | Share | Bookmark
Cendul

Hari ni kita try buat cendul le pulak, resepi drpd sifu masakan fp...Hanieliza Lepas tu kita crushkan ais batu, makan dgn dark brown sugar ngan fresh milk (ganti santan)..best ooo rasa makan cendul kat tepi tebing Kuala Kangsar ..kalau buh pulut rasa makan cendul kat Jo Pulut Cendul tepi highway nak ke Changlun



Cendul

3 cawan jus pandan + pewarna hijau
[gunakan 10 - 15 helai daun pandan]
1 cawan tepung beras
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan dalam kuali /non-stik wok sehingga naik wap dan kental. [Sentiasa kacau supaya tidak hangus]
3. Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.
4. Tekan atas acuan berlubang. -kita guna garlic press
5. Sediakan air gula merah dan santan untuk makan cendul.
[Boleh gantikan air soya/susu cair atau air bandung untuk makan cendul]


quote***
Ana:
makan kat uk ni tak sebest le mkn kat msia...sejuk
Nur: kita pernah masukkan resepi kuzi, sila tengok kat menu K sebelah kiri tu
Ida: letak jagung best gak, tang kacang merah tu kita kureeng sikit
Umi muadz: buat bulan posa nanti, takpun buat esok je le


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net