Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 11:10 Email | Share | Bookmark
Popia Kemboja

 
 
 
Hari ni kita cuba buat popia kemboja...kita dapat resepi ni drpd kawan sekerja kita Kak Atikah yg kita kenal tak sampai 6 bulan pun..mak dia asal dr kemboja if tak silap le...dan popia ni kira resepi keluarga dia Popia ni sos dia lain dr sos popia yg biasa kita makan tu Kuantiti bhn2 agak sendiri ye coz hari tu kita tengok dia buat utk 10 org makan



Popia Kemboja

kulit popia
bawang merah-tumbuk*
bawang putih-tumbuk*
lada hitam-tumbuk*
suun-rendam
carrot-parut
daging cincang-kita guna daging burger je
telur-pukul utk dijadikan gam kulit popia

1. Tumis bahan * hingga agak garing
2. Masukkan daging, kacau
3. Bila daging agak masak, masukkan suun dan carrot, kacau sebati
4. Perasakan dgn sedikit garam, angkat dan sejukkan
5. Setelah inti sejuk gulungkan dlm kulit popia dan lekatkan dgn telur, goreng garing

Sos

bawang putih-tumbuk halus
kacang tanah-goreng tanpa minyak, tumbuk
carrot-potong kecil2
cabai melaka-potong halus bagi yg suka pedas (opt)
gula
cuka
sos ikan
air panas

1. Masukkan bawang putih, gula ke dlm air panas dlm satu bekas, kacau
2. Masukkan sedikit cuka, carrot dan kacang tanah juga cabai melaka jika suka
3. Perasakan dgn sedikit sos ikan
4. Hidangkan bersama popia yg telah digoreng tadi

quote***
Cek de sam
: silakan...makan ngan sos cili pun ok gak popia ni


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net