Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Jul-2007 19:32 Email | Share | Bookmark
Somtam dan Sup Tulang

 
 
Masa duk Perlis dulu2 baru kita kenal apa itu somtam atau nama lainnya kerabu mangga muda...jadi hari ni kita pun buat somtam tapi tak guna mangga muda tapi ganti ngan epal hijau ...biasa le mana ada pokok mangga belakang rumah cam duk kat perlis nak dipetik tapikan...epal hijau takleh lawan le ngan mangga muda yg rasanya lebih bestest



Somtam

Mangga muda - kupas kulit racik halus ( kita guna epal hijau, buang empulur dan bijinya..parut)
bawang merah-tumbuk kasar
cili merah-tumbuk kasar...if nak berapi leh guna cili padi
udang kering- rendam dan tumbuk kasar
sos ikan- if takde leh ganti ngan garam je
kacang tanah- goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
sedikit gula (kita tak buhpun sebab epal hijau dah ada rasa masam2 manis gitu n cili merahpun tak pedas sgt)

1. Gaulkan semua bahan...mesra2kan
2. Perasakan mana yg kurang dgn sos ikan dan gula

*****************************************************************************



Sup Tulang

daging bertulang
1 bungkus rempah sup bunjut adabi
bawang merah - dimayang
bawang putih - dimayang
halia- hiris
rempah kurma - dibancuh dgn sedikit air
ubi kentang-belah 4
tomato - belah 2
garam secukup rasa
bawang goreng-bhn tabur
daun bawang-bhn tabur ( kita tak letak takde stok le)
cili padi-bhn tabur bg yg suka pedas

1. Rebus daging bertulang bersama sup bunjut dan halia hingga daging agak lembut
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga agak layu, kemudian masukkan rempah kurma, kacau sebentar
3. Tuangkan bhn tumis tadi ke dlm sup, kacau then masukkan kentang
4. Biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato dan garam
5. Perlahankan api, renihkan dlm 1/2 jam ( lama dr tu lagi elok, daging lagi lembut, tulang tak lee )
6. Angkat, taburkan dgn bhn2 tabur...makan panas2

quote***
Zati:
salam perkenalan, bila2 lapang leh le cuba
RosLeenda: w'salam, tq gak sudi jenguk fp ni
Mamasya:somtam ni biasanya memang ada kat restoran masakan thai..sup tulang peberet ye, leh jadi geng ni
Yah: tak byklah, 2 jenis je...kat umah dia rasanya lagi banyak
Jiran: nak mkn rajin le...pasal truffles tu tempahan tak dibuka le...busy tgk YouTube
Nur: alamakk, dah habis le...takleh nak hantar
Cek de sam:cepat buat...bagi air liur tu tak meleleh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net