Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Aug-2007 21:27 Email | Share | Bookmark
Paprik

Dah lama dapurku bercuti...hari ni baru nak berasap balik Menu hari ni daging paprik, resepi ni kawan kita bernama Ali yg bagi masa kita kerja kat sebuah syarikat penerbitan suatu masa dulu spt biasa kita guna je bhn2 yg ada di rumah tapi resepi kita bagi ni yg original drpd Ali...tq



Paprik

sotong, ayam, udang, daging (pilih mana yg berkenaan)
kacang panjang
bunga kobis
karet
daun limau purut
daun bawang
cili boh, sos tiram, sos tomato, sos cili
bawang putih (diketuk)
bawang besar (dihiris)
cili merah (belah), cili api (diketuk)
garam, gula, bahan perasa

1. Tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan cili boh dan kacau sebati dan naik minyak
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kacau sebati
4. Bila dah nampak agak kering, masukkan sedikit air dan masukkan daging/ayam/udang/sotong
5. Kacau hingga mendidih
6. Bila dah mendidih masukkan sayur2, bawang besar dan daun limau purut, kacau seketika dan sebati
7. Masukkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya
8. Sebelum angkat masukkan daun bawang, cili merah dan cili padi
***if nak kuah pekat leh masukkan sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air

quote***
Kuzi:
selamat berkenalan
Ida isk: cuba le akak...tengok dlm almari magic tu ada bhn2 tak
MaDiHa: kita pun suka paprik color merah
Jas: nak belajar masak...jgn2 akak yg belajar masak ngan jas nanti
Globalshopping: kita cuti tanpa gaji..takleh nak beli lagi...moga bisnes kencang
Mamasya: betul tu...kalau pedas lagi syiokk makan
Kamalina: paprik sotong memang sedap
Masriyah: senang je...tak payah 2...3 menu..campak2, ada lauk ada sayur...layannn


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net