Want your
own Fotopage?








 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Aug-2007 20:19 Email | Share | Bookmark
Bubur Kacang & Kuih Kasturi

Hari ni kita buat bubur kacang dan kuih kasturi sekaligus...bukan terover rajin tapi disebabkan kita tak berapa suka ngan bubur kacang...so kita buat kuih kasturi utk kita, bubur kacang utk cik abg ...kuih kasturi ni kita main campak2 je bhn dia..tak ikut sukatan, tapi resepi ikut kak Hanieliza punya jadi kita CP je resepi kak liza ittew...cuma kita bubuh sedikit gula merah dlm adunan kacang



Kuih Kasturi

Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.

***Resepi bubur kacang tak perlu kut...kacang je resepinya



quote***
Boxhousestudio:
kat sini boleh dikatakan senang nak dpt brg2 halal sbb ramai pakistan...utk dpt brgn msia byk kat kedai cina di Leeds
Mamasya: selera berbeza biasa le tu...tu yg pelbagai menu makanan utk memenuhi selera tertentu
RosLeenda: w'salam...betul tu, bhn asas dah ada, leh le buat sekali
Ana: anak2 kita tak pandai lagi nak mkn bubur kacang ni
Cek de sam: kita tambah gak hirisan lempuk durian dlm bubur kacang tu, durian fresh takdelah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net