Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 27-Aug-2007 18:26 Email | Share | Bookmark
Shepherd's Pie

 
Tekak Melayu kita ni asyik rasa nak makan benda berkeju je...memandangkan stok keju masih ada lagi,jadi hari ni kita buat shepherd's pie pulak w/pun makan mknn camni semangat jati diri melayu tetap dalam diri, sebab lepas mkn pie ni kita tetap nak makan nasi dan nak laungkan MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...UNTUKMU MALAYSIA YG KE-50



Shepherd's Pie - ubahsuai dpd resipi salwahcm myresipi

Topping

Keju parut - kita guna cheddar
Ubi kentang
Butter
Susu segar
Serbuk lada hitam

1. Ubi kentang dibuang kulit, rebuskan bersama sedikit garam hingga empuk
2. Angkat ubi kentang, toskan dan lenyekkan bersama butter, susu segar dan serbuk lada hitam

Base

Minyak zaitun - utk menumis (guna minyak biasapun takpe)
Bawang besar - dipotong dadu
Daging cincang - kita guna daging burger
Sosej - potong halus
Four Cheese Pasta Sauce - leh ganti ngan cream mushroom
Sos cili
Karet - potong dadu
Sliced mushroom ( dlm tin )
Garam jika perlu

1. Tumis bawang sehingga layu
2. Masukkan daging cincang dan sosej, kacau hingga daging agak masak
3. Masukkan pasta sauce, sos cili, sliced mushroom dan karet...kacau seketika
4. Perasakan dgn sedikit garam jika perlu ( kdg2 sos-sos yg dimasukkan tu dah masin )

Penyediaan Pie

1. Letakkan bhn base separuh penuh dlm loyang pembakar, taburkan sedikit keju parut
2. Lapiskan pula dgn kentang lenyek, taburkan keju parut banyak2
3. Bakar dlm preheated oven 200 C selama 15 minit
4. Sedap dimakan panas2

***KitaSembangPulak***
Muna:
he..he..rasanya baju raya tahun ni memang tak muat kut
Mamasya: dah makanan ruji kita nasi tu...tak mkn sehari rasa tak kenyang je
MamaFami: masakan mama pun menusuk2 kalbu gak
Ida isk: menggoda saja atau dah tergoda
MaDiHa: list to do...kita nantikan kemunculannya
Leezsa: ye ke...jemputlah rasa
Jiran: insyaAllah kita jaga diri baik2
Nur: tak kisah Nur...akan ingat pesanan Nur itu Tak pandai mkn pie ni takyah buat la, nanti membazir lak
Jie Jie: moga akak sihat selalu...takpe la berpantang utk kesihatan
Yahmasri: shepherd's pie ngan lasagna tu adik beradik tiri
Kamariah: sihat dah, t/kasih..tak sempat nak bagi le, dah habis
Fazizaid: t/kasih...cam tau2 je akak nie
Zakiah z: seronok zakiah dah aktif balik n sudi jenguk fp kita...tak sabar nak jenguk fp zakiah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net