Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Aug-2007 18:32 Email | Share | Bookmark
Apam Lapis

 
Apam lapis ni kira adik beradik satu datuk kepada apam warna warni yg pernah kita buat...dan bila tengok apam indon lak..sama gak bahannya cuma berbeza dr segi kuantiti dan ada yg guna baking powder, ada yg guna soda bicarbonate...ada guna santan, ada yg guna fresh milk ...rasa pulak sama dan lembut gitu..so kacukan drpd resepi apam tersebut kita namakan apam lapis



Apam Lapis

4 biji telur
1 tsp ovalette
1/2 tsp esen vanila
300 g gula
250 ml susu segar
300 g tepung gandum
1/2 tsp baking powder
Pewarna merah + perisa strawberi
Pewarna hijau + perisa pandan
Serbuk koko utk perisa coklat

1. Pukul telur bersama ovalette hingga kembang/gebu
2. Masukkan esen vanila dan gula, pukul lagi
3. Masukkan tepung selang seli dgn susu segar sambil terus dipukul
4. Bahagikan kpd warna merah, hijau dan koko
5. Masukkan dlm loyang...lapisan pertama-koko, kukus selama 5-10 minit ( tengok berdasarkan permukaan adunan yg mengeras)
6. Lapisan kedua-hijau, kukus spt langkah 5.
7. Lapisan akhir-merah, kukus selama 30 minit

*Note: Jika tidak ada ovalatte boleh gantikan dgn Quick 75...atau gantikan tepung gandum dengan tepung kek ataupun tepung naik sendiri(self-raising flour)

***KitaSembangPulak***
Ida isk:
selamat hari kemerdekaan, takleh cuti2 msia lagi sbb dah balik ari tu...sambutan tak buat pun kat sini...sendiri2 je
Cek de sam: takde perisa strawberi leh guna esen ros, takpun just letak color pun takpe
Kamariah: note kat atas tu mungkin boleh dijadikan alternatif ovalette
Umimuadz: salam kemerdekaan, nak color cam jalur gemilang kut tak tergamak nak makan sbb sayang sangat kat msia
Roylazim: t/kasih...tuan buat pun sikit lagi mungkin menggebu gak
Mamasya: t/kasih...tulah apam ni..pi mai pi mai...sama je bhnnya
Mama@nis: cuba try dulu...baru tahu sedap ke tidak, nanti kita je kata sedap...org lain tak
Yahmasri: pasal ngap ni, gebu tak gebu..sapu bersih je
Ana: Ana tu apa kurangnya...terkenal dah seantario fp ni dgn menu yg best2
Norazia: moga sukses dlm bisnes

Diba: huhu...kita kalau ada apam jual kat sini...kita pun beli


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net