Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Sep-2007 20:56 Email | Share | Bookmark
Kek Span Buah-buahan & I've Been Tagged

 
 
Takut nak cuba resepi ni sebab resepi asal tak diberi secara detail...risau tak jadi...alhamdulillah, jadi gak kek span buah-buahan ni Resepi asal yg kita gunting dr kalendar resepi tu just sebut lapiskan kastad atas kek span, susun buah-buahan diatasnya...sejukkan kemudian dituangkan agar2 sedikit demi sedikit di atasnya...resepi penuh tidak diberi Pandai2 sendiri le kalau nak cuba...jadi kita sahut le cabaran ittew




Kek Span Buah-buahan

Kek span
Kastad
Hirisan peach dlm tin
Hirisan pear dlm tin
Buah kiwi - potong nipis
Agar-agar
**selain buah-buahan diatas boleh gunakan apa2 jenis buah yg disukai spt nenas, strawberi etc.

1. Lapiskan anggaran 1/2 cm kastad di atas kek span
2. Susun buah-buahan atas kastad, sejukkan sebentar dlm peti ais supaya kastad beku
3. Tuangkan agar2 sedikit demi sedikit di atas buah-buahan yg disusun.
4. Sejukkan semula dlm peti ais sebelum dihidang

Langkah2 penyediaan
Kek Span - sumber Misliha FP

120 g gula
120 g tepung
4 biji telur 'B' - kita guna 2 biji telur 'A'
10 g super sponge / ovalette
20 g air
20 g minyak jagung - kita guna vegetable oil je

1. Putar gula, tepung, telur, ovalette & air hingga kembang dan kental (guna kelajuan tinggi)
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan minyak jagung
3. Bakar dgn suhu 170 C selama 30 minit ( ikut oven masing2 ye )
**if malas nak buat kek span boleh le beli kat kedai punya

Kastad

1 cawan susu segar
1 tbsp tepung kastad
3 tbsp gula - ikut manis yg disukai
1/2 tsp esen vanila

1. Campurkan kesemua bhn, masak diatas api sambil dikacau hingga pekat.
**nak guna kastad segera pun boleh yg ada perisa strawberi, pisang etc

Agar-agar

Agar-agar
Sirap dari buah peach dan buah pear dlm tin
Sedikit air
Sedikit gula - ikut manis yg disukai

1. Masak agar2 bersama air dan sirap sehingga larut.
2. Perasakan dgn sedikit gula...angkat dan tapis
**agar2 ni jgn masak terlalu byk sebab just nak curah atas kek tu je



Quote:

1 million galore!

Now, what would you do if you had one million in your possession ?
(Tagged by Mamasya )

Who am I tagging ?
Najlah Afrina-Fifi Fad-Jiran 169-Mama@nis-Seroja
**********************************************************************
Instructions :
**Start Copy**
Proposition: If you Have $1,000,000.00
Requirements: continue above sentences
Tag Mode: 5 blogger
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

What They Do With Their $1 Million
1. SYH will spend for Family.
2. Miche will give to the needy.
3. Montessorimum will keepsake.
4. Mumsgather will secure her kids’ financial future.
5. bkworm will be debt free.
6. Dancing Queen will go on a lifelong holiday.
7. Eve will invest in properties.
8. dieselfire will create a foundation for underprivileged students.
9. Underneath The Stars will put aside for kids education.
10. AmiraZefr will invest in her kids trust fund and set aside for some TLC holiday trips.
11. Erna will perform Hajj and round the world with my beloved family
12. MamaFaMi will create a foundation for orphans and old folks in Africa.
13. Muna will set up a trust fund for her daughter.
14. Mamasya will go on holiday with family and save some for the future.
15. Hajar will perform hajj with family, invest in kids education and others go to charity.


***KitaSembangPulak***
Ana: tak usah nak diet Ana...bak kata Norjuma ' tersiksa!'
Mamasya: sorry la tak bukak pintu, penat buat kek ni sampai tak sedar mamasya datang...bawa nasi kerabu kuning kat kita apa...
Jie jie: t/kasih...dijamin sedap...perasan betul (masuk lif tekan butang)
Rawcanvas: TQ...yg putih tu hirisan buah pear

Zatid'hati: tulah..Zati asyik ambik tempahan kek org je...sampai tak makan, kan dah lapar...nah sepotong kek kita ni
MamaFami: haah...kira mekapkan kek span ni...cuba try pandu test skill mak andam

Boxhousestudio: hehem...kita pun suka cam yg akak suka
Yahmasri: he..he..come lote ye...bolehlah setakat nak jamu tetamu yg datang
BAPAKnya MUHAMMAD: mamat sorang ni suka inteprem...kita tekan butang kecemasan sbb ada org kacau kita dalam lif
Gee: time rajin je ni...time malas faham2 je lah
Fazizaid: malulah nak cakap sedap..nanti org kata kita perasan lak
dOd: deco baru nak cuba2...t/kasih lah kerana memuji
Kak Leen: w'salam..he..he...kita dah nak balik msia hujung thn depan for good, insyaAllah
MaDiHa: betul tu...dah dimekapkan berseleralah nak menjamahnya
Mamasya: taq lagi...ada kat atas tu

Ida isk: kita takut tang kek span tu je...risau kalau tak jadi, resepi kek span kak Mis ni memang sedap le
Roylazim: tukar2 kek bagus gak idea tu...tapi risau kita je dapat kek dr akak...kek kita, kita tak buat
Kamalina: buah peach memang sedap, letak atas kek ataupun makan gitu je
Fifi fad: Sama-sama


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net