Want your
own Fotopage?







 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Sep-2007 15:59 Email | Share | Bookmark
Tapai Pulut

 
Alhamdulillah tapai pulut yg kita buat kali ni menjadik...manis sebelum ni kita buat tapai pulut asyik tak jadi je...tak manis, hanya menjadi hidangan encik bin je atas rasa tak puas hati kita nak buat gak tapai ni hingga berjaya...kitapun cuba buat tapai ni mengikut resepi dlm blog Maisya dan menjadi akhirnya tapai kita...t/kasih kpd tuan empunya resepi kita buat separuh adunan resepi asal dan ragi kita tak sukatpun sebab ragi kita dah hancur siap2...kita peram tapai ni 3 hari sebab hari ke-2 buka, rasa tapai kita tak berapa manis



Tapai Pulut

2 cawan beras pulut
2 cawan air
1/4 biji ragi

1. Masuk beras pulut bersama air ke dlm loyang (pulut tak perlu direndam)
2. Kukus pulut selama 15 minit
3. Angkat, gembur2kan pulut
4. Kukus pulut selama 10 minit lagi.
5. Angkat pulut dan sejukkan
6. Taburkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut...tabur lagi ragi serata pulut
7. Letakkan dlm bekas bertutup dan balutkan bekas dgn kain.
8. Peram selama 2 hari
9. Simpan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan...baru best makan
PETUA: * Pastikan pulut benar2 sejuk sebelum ditabur ragi, jika tidak..tapai akan bewarna kemerahan2an
* Ikut resepi ni pulut tak perlu direnjis dgn air selepas ditabur ragi

***KitaSembangPulak***
Muna:
memang betul makan tapai dgn aiskrim bertambah sedap
MamaFami: kita pun penggemar tapai pulut...tapai nasi kalau kita buat kdg2 jadi manis, kdg2 tak
Ana: betul tu...kalau ada pilihan beli dan buat sendiri...kita pun beli je
Mis: selamat menjalani ibadah puasa buat Mis juga
Boxhousestudio: t/kasih...baru kali pertama menjadi setlh bbrp kali gagal
Ida isk: memang jimat...sbb tak mkn buat apa syusyah2 nak buat
Lee Lin: selamat berpuasa...brp jam puasa kat sini lebih kurang sama ngan msia, tapi nak akhir2 nanti cepat sikit dlm kul 6 lebih dah berbuka
Fazizaid: t/kasih
MaDiHa: memang terer le madiha buat tapai tiap2 minggu...kita memang suka tapai pulut selamat berpuasa utk madiha juga
Mamasya: t/kasih...petua tu pun kita dapat dr blog maisya gak
Masriyah: dok tengah pikir lagi nak buat ke tidak tapai raya nanti

Mama@nis: masa raya nanti uk dah sejuk kan, ada kawan kata kut tak jadi buat tapai...tapi boleh cuba, peram dlm bekas simpan beras...kita bentukkan bulat2 tu guna sudu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net