Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Sep-2007 08:48 Email | Share | Bookmark
Beehoon Soto



Beehoon Soto
Sumber: Gabungan pelbagai resepi soto

Beehoon-direndam dgn air panas hingga lembut, toskan

Soto

1/2 bahagian ayam
6 biji bawang merah-blend
4 biji bawang putih-blend
1 inci halia-blend
1 batang serai-diketuk
3 biji buah keras-dikisar halus-kita tak letak pun takde stok
1 inci kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
3 tbsp perencah sup
1 tbsp rempah kurma
1/2 cawan santan
Air secukupnya
garam secukup rasa

1. Tumis bhn blend, bersama rempah* hingga agak garing
2. Masukkan perencah sup dan rempah kurma, bubuh sedikit air, kacau rata
3. Masukkan ayam dan serai, masukkan air secukupnya utk kuah, biarkan mendidih
4. Keluarkan ayam ( carik2kan isinya-ketepikan), masukkan semula rangka ayam ke dlm kuah
5. Masukkan santan bersama dgn buah keras yg tlh dikisar halus, kacau
6. Perasakan dgn garam secukupnya.

Begedel

4 biji ubi kentang-direbus hingga empuk
1.5 cawan daging kisar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
1 biji telur-dipukul

1. Lenyekkan ubi kentang dan campurkan kesemua bhn kecuali telur, gaul sebati
2. Bentukkan bulat2 adunan, celup dlm telur dan goreng hingga garing.

Lada Kicap

10-15 biji cili padi-blend
2 ulas bawang putih-blend
kicap manis secukupnya
1 tsp gula perang

1. Gaul sebati kesemua bahan.

Bahan2 Tabur

Isi ayam yg dicarik2
Suun-goreng dlm minyak panas
Taugeh-celur sekejap
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Kacang tanah goreng-kita tak letak pun

Hidangkan beehoon bersama kuah, letakkan bahan tabur, begedel dan lada kicap.
Boleh juga digantikan beehoon dgn nasi impit.


****Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga juga dikenali sbg Rempah 4 Beradik
Tujuan memasukkan buah keras yg dikisar halus adalah untuk memekatkan kuah soto ( maklumat Kak Shikin )



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net