Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Sep-2007 08:55 Email | Share | Bookmark
Serimuka

 

Serimuka

Lapisan Bawah
2 cawan beras pulut - direndam bersama 1tsp air kapur & air selama 1 jam
Santan cair - kita guna fresh milk
1 tsp garam
1 tbsp minyak
1 helai daun pandan-disimpul

1. Masukkan pulut ke dlm loyang
2. Masukkan santan sama paras dgn pulut, garam, minyak dan simpulan daun pandan...kacau sebati
3. Kukus hingga masak
4. Angkat dan gembur2kan pulut
5. Sapukan sedikit minyak pada loyang, masukkan pulut dan tekankan pulut menggunakan plastik tahan panas supaya padat dan rata

Lapisan Atas

2 cawan santan pekat - kita guna fresh milk
1/2 cawan tepung gandum
2 tbsp tepung kastad
1/2 cawan gula merah
2 tbsp gula

1. Adunkan semua adunan, sebatikan dan tapis
2. Masakkan adunan sekejap di atas api / nampak sedikit pekat
3. Tuangkan atas lapisan bawah
4. Kukus selama 20 minit.

****tujuan merendam pulut dgn air kapur supaya pulut menjadi cepat lembut & proses merendamnya tidak mengambil masa yg lama
Serimuka hendaklah disejukkan dahulu baru dipotong seelok-eloknya menggunakan pisau plastik
Untuk memudahkan kuih dikeluarkan dr loyang, loyang boleh dilapik terlebih dahulu dgn plastik tahan panas(info FP Rossya)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net