Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Sep-2007 09:39 Email | Share | Bookmark
Nasi Ayam

Nasi Ayam
Sumber: Farizah ( ada ubah suai sikit )


Sup

1/2 labu bawang besar - dimayang
1 bungkus sup bunjut
1 kiub ayam
Garam
Daun sup/ bawang
Bawang goreng
1 ekor ayam - dipotong

1. Tumis bawang dan sup bunjut hingga berbau harum
2. Masukkan air, potongan ayam serta kiub ayam
3. Apabila ayam 3/4 masak, keluarkan dr sup
4. Perasakan sup dgn sedikit garam
5. Semasa menghidang, taburkan daun sup/ bawang serta bawang goreng


Lauk Ayam

Potongan ayam yg 3/4 masak dr sup
Garam
Kunyit
1/2 labu bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
1 batang serai - blend
1 tbsp serbuk jintan manis
1 tbsp serbuk jintan putih
Kicap
Gula
Sos tiram - opt

1. Perap ayam dgn semua bahan diatas kecuali sos tiram (paling minimum 1 jam perap)
2. Goreng ayam hingga masak
3. Semasa menghidang boleh dicurahkan sedikit sos tiram atas ayam jika suka


Nasi

Beras
Kuah sup
1/2 labu bawang besar - dimayang halus
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 tbsp butter
Sedikit minyak lebihan goreng ayam
Bawang goreng
Daun bawang/ sup

1. Panaskan minyak lebihan gorengan ayam dan butter
2. Tumiskan bawang bersama rempah hingga wangi, angkat
3. Masukkan sup secukupnya ke dlm beras di dlm rice cooker diikuti bhn tumis bersama2 minyaknya sekali, kacau sebati
4. Masaklah nasi spt biasa
5. Taburkan bawang goreng dan daun bawang/sup semasa menghidang


Sos Kicap

Kicap
Sos tiram
Kuah sup
Tomato

1. Blend kesemua bahan di atas

Sos Cili

Cili merah
Cili padi - opt jika utk lebih pedas
Bawang putih
Tomato
Garam
Sedikit air

1. Blend kesemua bhn di atas

Bahan Ulam

Daun salad
Hirisan buah tomato
Hirisan timun




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net