Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Sep-2007 10:37 Email | Share | Bookmark
Tau Sa Piah

 


Tau Sa Piah
Sumber: Skyblue Myresipi

Doh A
120 g tepung gandum ( ayak )
60 g shortening

Doh B
120 g tepung gandum
30 g gula icing
30 g shortening
60 ml air

Inti
3/4 cawan kacang hijau tak berkulit (rendam 2-3 jam, kukus bersama sedikit air & kisar halus)
3 sb minyak masak
1 sb bawang kecil - cincang halus
1/2 cawan gula halus ( boleh tambah/kurang )
1/2 sk garam
1 sk kulit oren cincang

Lain2
1 biji telur (utk sapuan)
Bijan - opt

Cara2
Inti
1. Masukkan gula, garam dan kacang yg tlh dikisar ke dlm mangkuk, gaul sebati...ketepikan
2. Panaskan minyak, goreng bawang kecil hingga wangi & keperangan, keluarkan bawang...ketepikan
3. Masukkan kulit oren & campuran kacang dlm kuali. Goreng sambil dikacau agak kering (boleh buat bentuk bebola)
4. Matikan api, masukkan bawang kecil dan gaul sebati. Setelah inti sejuk, bulat2kan jadi 15 biji.

Doh A & Doh B-cara sama tapi buat berasingan
1. Satukan bhn2 doh, gaul rata dan uli sehingga mendapat doh yg lembut
2. Tutup doh dgn kain lembab selama 30 minit. Bahagikan doh kpd 15 biji
3. Ambil doh B, leperkan letak doh A di tengah2. Balut doh A dgn doh B
4. Canaikan doh (15x3 cm), gulung doh dr bhgn yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi
5. Canaikan doh jadi bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti dan balutkan
6. sapukan atas doh dgn telur dan tabur bijan jika suka
7. Panaskan oven 180 C, bakar selama 20 minit

****Boleh gak gunakan tepung kacang hijau sbg inti (tak perlu lagi kukus n blend kacang hijau)
TSP di atas adalah versi kedai, versi yg kita buat dah terdelete tanpa dpt dikesan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net