Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Sep-2007 20:28 Email | Share | Bookmark
Kuih Bangkit Nyonya



Kuih Bangkit Nyonya
Sumber: Lilydvalley Myresipi

350 gm tepung ubi
150gm gula icing
20 gm mentega
1 biji kuning telur
130 gm santan pekat
1/4 sudu teh baking powder

1. Sanggar tepung ubi di dalam oven +- 20 minit
2. Gaul sebati gula icing, mentega & kuning telur.
3. Masukkan santan dan gaul sebati lagi
4. Gaul sebati baking powder kedalam tepung ubi.
5. Masukkan tepung ke dalam adunan santan tadi & uli hingga menjadi doh.
6. Canai doh dan terap mengikut bentuk yg disukai.
7. Bakar pada suhu 150'C hingga masak.

****Tempat kita kuih ni dipanggil lempeng bakar.
Masa buat kuih ni tepung ubi kita tak cukup ada +- 270 gm, jadi selebihnya kita guna plain flour, sib baik jadi
Seeloknya dulang pembakar dilapik ngan greaseproof paper utk mengelakkan kuih melekat pd dulang pembakar dan boleh menyebabkan kuih pecah bila nak angkat dr dulang pembakar.
Teringin & suka sangat nak mkn kuih ni...tak sempat nak raya, buat utk mkn berbuka dan sahur.
Kecik2 dulu main nyanyi air pasang dalam surut pukul lima...mesti diakhiri dgn kit...kit...kit...kuih bangkit...siapa ketawa dia kena cubit!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net