Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Sep-2007 20:49 Email | Share | Bookmark
Menu Hari Ini

 

Udang Grill

Udang - buang kulit (kita beli yg memang dah takde kulit & siap dicucuk dgn lidi sate)
Garam
Kunyit
Jintan manis serbuk
Jintan putih serbuk
Sedikit butter

1. Perap udang bersama kesemua bhn
2. Grill udang sehingga masak (+- 20 minit medium grill)
3. Hidangkan bersama daun salad, hirisan mentimun, hirisan tomato & sos cili


Telur Bungkus

4 biji telur - dipukul dgn sedikit garam

Inti
1/4 labu bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - potong dadu
1 cawan daging cincang
1 cawan sayur campur
2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos tomato
1 tbsp sos cili
1/2 tbsp serbuk lada hitam
Garam

1. Tumis bawang hingga berbau harum
2. Masukkan daging cincang dan lada hitam, kacau hingga daging agak masak
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, kacau
4. Masukkan sayur campur, gaul sebati dan biarkan sebentar supaya sayur spt carrot menjadi agak lembut
5. Perasakan dgn sedikit garam, angkat...ketepikan
6. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, dadarkan telur
7. Bila telur agak keras sedikit letakkan inti di atas telur dan bungkus/tutupkan inti tersebut, balikkan
8. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat
9. Taburkan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang


Serawa Jagung/Bubur Jagung

Jagung - hiris nipis (kita guna sweetcorn dlm tin)
Santan secukupnya utk kuah
Gula - ikut manis

1. Masakkan jagung bersama santan dlm periuk sambil dikacau hingga mendidih supaya santan tidak pecah minyak
2. Masukkan gula, kacau sebentar/ sehingga jagung betul2 lembut, bolehlah diangkat

****disebabkan kita guna jagung dlm tin yg ready to eat, kita masukkan jagung selepas santan mendidih, masukkan gula, kacau sebentar...terus angkat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net