Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 29-Sep-2007 08:41 Email | Share | Bookmark
Roti Kerca

 


Roti Kerca
Sumber: Buku Koleksi Rasa

Bahan Kuah
250 g daging cincang - kita guna isi ayam dipotong kecil2
250 ml santan
75 g serbuk rempah daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 cm halia - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
10 ulas bawang merah - tumbuk
200 g tomato puri
Garam & gula secukup rasa

Bahan Roti
1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Sedikit marjerin

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bhn tumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang hingga harum
2. Masukkan serbuk kari yg dibancuh sedikit air & santan bersama. Kacau sehingga mendidih
3. Kemudian masukkan daging, tomato puri, garam & gula secukup rasa. Masak secukupnya
4. Utk membuat roti pula, campurkan bancuhan tepung dgn sedikit air, telur dan sedikit garam. Pukul sebati.
5. Sapu sedikit marjerin pd kuali leper panas dan tuangkan bancuhan tepung tadi.
6. Lenggangkannya membentuk seperti lempeng
7. Setelah masak keemasan, angkat dan gulungkan
8. Guntingkan sebelum dihidang bersama kuah tadi.

****Cara gulung dan gunting roti kerca ni rasanya sesuai gak dibuat pd roti jala bg sesiapa yg takde acuan roti jala esp. yg berada di perantauan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net