Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Sep-2007 08:12 Email | Share | Bookmark
Kuih Bom

 


Kuih Bom

Doh
210 g tepung pulut
2 tbsp tepung gandum
1 tsp air kapur
Secubit garam
Air secukupnya
Bijan

Inti Kelapa
Kelapa parut
Gula merah
Gula pasir
Sedikit gula batu
Sedikit air

1. Masukkan bhn doh dlm bekas kecuali air dan bijan
2. Masukkan air sikit demi sedikit hingga mendapat doh yg lembut/tak lekat di tangan
3. Untuk inti...masukkan kesemua bhn dlm kuali, kacau sebati hingga gula hancur dan inti agak kering sedikit, angkat
4. Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan leperkan. Isi inti di tengahnya, balut dan bentukkan doh menjadi bulat. Buat sehingga habis dan golekkan doh dgn bijan
5. Goreng doh hingga masak/garing menggunakan api sederhana

****Kuih ini elok dibuat 2-3 jam lebih awal sebelum menggorengnya utk mengelakkannya drpd meletup bila digoreng (petua YahMasri)
Mengikut Diana (FRD) lak, org tua dulu2 kata masa buat kuih ni jgn pot pet pot pet, nanti masa menggoreng kuih ni leh meletup
Semasa menggoreng kuih ni hendaklah dgn penuh kasih sayang, gunakan api yg sederhana, jika tidak...leh masuk paper surirumah goreng kuih bom masuk sepital, masuk sepital takpe lagi...masuk kubur?...huhuhu
Tabik spring kat pencipta kuih ni...org lain cipta bom guna macam2 color wayar, dia cipta hanya dgn menggunakan tepung
Kesimpulan mantiknya, takyah susah2 redah hutan, panjat gunung ( bagi je org lelaki buat semua tu)...sebab kat dapurpun dah cukup adventure bagi seorang perempuan!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net