Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Oct-2007 04:58 Email | Share | Bookmark
EasyPeasyLazy Pizza

 


EasyPeasyLazy Pizza

Base
Doh roti canai segera yg belum digoreng

Filling
1/2 labu bawang besar-potong dadu
1 mangkuk sayuran campur
4 batang sosej - rebus dan dipotong2 nipis
1 tsp serbuk lada hitam
Sos cili
Sos tomato
Keju cheddar - diparut
Sedikit butter

1. Biarkan doh roti canai segera pada suhu bilik sebentar
2. Cairkan sedikit butter dlm kuali, tumiskan bawang hingga layu
3. Masukkan sos cili dan sos tomato bersama sedikit air, kacau sebentar
4. Masukkan sayur campur, potongan sosej dan serbuk lada hitam
5. Setelah sayur agak empuk, masukkan sedikit parutan keju, kacau hingga keju cair, tutup api
6. Panaskan oven 200 C
7. Alaskan dulang pembakar dgn aluminium foil, letakkan sekeping doh roti canai
8. Taburkan sedikit parutan keju dipermukaan doh dan letakkan filling
9. Taburkan keju parut di atas filling, lagi banyak lagi best
10. Bakar selama 15 minit / tepi doh nampak garing ( ikut oven masing2 )
11. Sedap dimakan panas2

****Filling tak perlu diperasakan dgn garam krn sos2 di dalamnya, keju dan doh roti canai telah memberikan rasa masin.
Filling boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2

Kita dapat 3 biji pizza dgn sukatan filling yg kita buat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net