Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Oct-2007 13:55 Email | Share | Bookmark
Chocolate Treasure

 


Chocolate Treasure
Sumber: Mama Zieza

Base Biscuit
250gm butter
25 g susu tepung
65 gm gula kastor
250 gm tepung gandum/rose flour/tepung biskut
65 gm tepung jagung
50 gm koko

Topping
2 cwn cornflakes
500 gm white chocolate
50 gm almond nibs (kita guna walnut cincang)
50 gm golden raisins/blackcurrants/kismis (kita omit sbb tak suka)
Cooking chocolate untuk drizzle

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan susu tepung yg telah diayak terlebih dahulu. Adun sebati dan bulat-bulatkan sebesar guli dan tekan dalam papercup. Bakar pada suhu 180 C selama 12-15 minit (ikut oven masing2)
2.Untuk topping, cairkan white chocolate dgn menggunakan kaedah double boiler.
3.Tunggu sebentar sehingga agak suam, baru masukkan cornflakes, almond nibs dan kismis. Jgn masukkan semasa panas2, nanti cornflakes lembik.
4.Gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan. Pastikan jgn terlalu banyak cornflakes nanti tidak melekat.
5.Letakkan topping ke atas biskut.
6.Cairkan coklat masakan warna koko dan masukkan dalam piping bag.
7.Pipe secara drizzle ke atas topping tadi. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam
bekas kedap udara.

****Kita guna plain chocolate utk topping dan white chocolate utk drizzle coz stok plain choc. lebih byk drpd white choc.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net