Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Oct-2007 16:24 Email | Share | Bookmark
Laksa

 
Ini antara menu kelmarin yg kita masak utk tetamu...kuantiti bahan2 agak2 le ye



Laksa

Laksa kering - direndam semalaman dan direbus lembut
Ikan sardin – rebus dan blend isi ikan, air rebusan jangan dibuang...tulang juga diblend bersama sedikit air dan ditapis (kita tambah lagi sardin dlm tin)

Bahan kisar
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Cili kering

Petis udang
Daun kesum
Asam keping

Hiasan
Telur rebus - belah 2/4/6
Timun- potong halus
Limau kasturi - dibelah kecil (kita guna lemon)
Cili merah- dipotong nipis

1. Masukkan kesemua bhn kisar, air kisaran tulang dan ikan dlm periuk air rebusan ikan
2. Tambahkan air mengikut kuah yg dikehendaki…kuah laksa yg pekat lagi sedap
3. Masak hingga mendidih. Masukkan daun kesum, asam keping dan petis udang dan perasakan dgn garam
4. Renihkan kuah seketika, angkat.
5. Hidangkan laksa bersama kuah berserta hirisan timun, cili merah, limau dan telur rebus

***KitaSembangPulak***
Delia:
Salam aidilfitri buat Delia juga
Ana: terliur je ke...tak nak rasa sikit
Zatidhati: kita pun rindu kat akak...moga cepat sihat k
Nur: sama le kita...jarang org yg tak suka laksa kan
Rfah: selamat hari raya...sama gak ngan kita bila buntu apa nak masak, jenguk fp kengkawan siber
Meorjay:
Unnamed:
Muna: ayooo...kalau itu macam punya makan, peminat laksa sesungguhnya ni
Fazizaid: lama tak makan tu bermakna kena buat le ye
Kamalina: kebetulan ada yg berkunjung, kita jamu mana yg ada...kita pun tak buat open house, raya ni siapa yg nak berkunjung, datang je lah
Lee Lin: he..heh...kita abis raya dah...leh masuk entry apam gila suka/kalis apam lepas ni
Roylazim:
Mamasya: yess...betul kata2 mu ittew
Mama@nis: mai le datang ke rumah bila2 senang..tapi kita tak janji jamu laksa ye

Ummi@agil: salam perkenalan...laksa tepung gandum pun sedap gak kan
Msdbab: salam perkenalan....buat le laksa, harus cargas selepas memakannya
Ct-nik: daun kesum ni kawan bagi, tanam sendiri tapi la ni sejuk cam dah layu je daunnya...seeloknya rendam dlm air je takyah tanam atas tanah, lagi subur w/p musim sejuk...kita baru tahu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net